Fail Media Digital: Antibiotik berpanjangan untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan bronkiektasis bukan cystic fibrosis

Kumpulan Saluran Pernafasan Cochrane kini telah menghasilkan lebih daripada 300 ulasan penuh, mengenai pelbagai jenis masalah paru-paru. Salah satu daripadanya adalah bronkiektasis dan satu ulasan yang dikemaskini pada Ogos 2015 telah mengkaji kesan terapi antibiotik jangka masa panjang . Khin Hnin, penyelidik dari Flinders University di Adelaide, Australia, telah menerangkan ringkasan penemuan beliau dalam podcast ini.

- Membaca transkrip

Salam sejathera. Nama saya Raymond Chieng, pelajar perubatan dari Kolej Perubatan Melaka Manipal.

Kumpulan Saluran Pernafasan Cochrane kini telah menghasilkan lebih daripada 300 ulasan penuh, mengenai pelbagai jenis masalah paru-paru. Salah satu daripadanya adalah bronkiektasis dan satu ulasan yang dikemaskini pada Ogos 2015 telah mengkaji kesan terapi antibiotik jangka masa panjang . Khin Hnin, penyelidik dari Flinders University di Adelaide, Australia, telah menerangkan ringkasan penemuan beliau dalam podcast ini.

Bronkiektasis adalah penyakit pernafasan yang biasa. Paru-paru pesakit bronkiektasis menghasilkan rembesan yang berlebihan, yang mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma. Terapi antibiotik jangkamasa panjang telah dicadangkan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kerosakan kepada paru-paru yang disebabkan oleh serangan pernafasan apabila bronkiektasis menjadi lebih teruk. Dengan mengkaji kesusasteraan yang ada secara sistematik, penyelidik telah mendapati bahawa terapi ini adalah berkesan tetapi ada juga ada kebimbangan mengenai penggunaan meluas terapi antibiotik tersebut.

Penyelidik mendapati 18 kajian yang melibatkan lebih daripada 1,000 peserta. Setiap kajian membandingkan sekurang-kurangnya empat minggu terapi antibiotik dengan penjagaan biasa atau plasebo. Dua belas daripada kajian rawak ini menggunakan antibiotik oral seperti azithromycin atau ciprofloxacin; manakala enam kajian lain menguji ubat sedutan seperti Tobramycin, gentamicin dan Ceftazidime.

Dengan mengemaskini ulasan Cochrane yang sebelum ini telah diterbitkan pada bulan April 2007, penyelidik dapat menyediakan bukti yang lebih kukuh mengenai manfaat penggunaan antibiotik yang berpanjangan pada pesakit bronkiektasis. Antibiotik sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan serangan sebanyak separuh dan diterima dengan baik. Walau bagaimanapun, penyelidik juga mendapati risiko rintangan baru terhadap antibiotik, yang menjadi perhatian ramai, dan juga masyarakat. Oleh itu, penyelidik membuat kesimpulan bahawa penggunaan antibiotik jangkamasa panjang adalah terapi yang diterima baik dan berkesan, tetapi pemilihan pesakit adalah sangat penting. 

Jika anda ingin membaca dengan lebih lanjut mengenai bukti yang terkumpul dalam bidang ini, layari Cochrane Library dot com dan mencari "bronkiektasis dan antibiotik"

Podcast ini telah diterjermahkan oleh saya dan disunting oleh Dr Tan May Loong dari podcast asal yang bertajuk "Prolonged antibiotics for non-cystic fibrosis bronchiectasis in children and adults"

Tutup transkrip
Berkongsi/Menyimpan