Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Cochrane telah mempunyai hubungan rasmi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 2011.

Kerjasama ini termasuk hak untuk melantik seorang wakil untuk mengambil bahagian, tanpa undi, dalam mesyuarat WHO, termasuk di Perhimpunan Kesihatan Sedunia, badan pembuat keputusan WHO, membolehkan kita untuk membuat kenyataan penjelasan pada resolusi kesihatan WHO.

Hubungan ini memberikan kita peluang untuk menyediakan input bagaimana bukti penyelidikan dikenalpasti, disintesis, dinilai dan digunakan oleh WHO. Selain itu, kami menyediakan ringkasan yang dipercayai mengenai maklumat kesihatan yang boleh diguna untuk pencadangan dan polisi.

Ia menggalakkan kerjasama antara sektor dan penyelidikan berkualiti tinggi antara dua organisasi kami bagi mengemukakan bukti yang diperlu untuk memastikan polisi dalam semua sektor menyumbang kepada peningkatkan kesihatan dan ekuiti kesihatan.

Berkongsi/Menyimpan