Rakan kongsi dan penaja kami

Cochrane berkerjasama dengan rakan kongsi dan penaja untuk menghasilkan dan menyebarkan bukti kesihatan yang berwibawa, relevan, dan boleh dipercayai. Pembiaya dan rakan kongsi mencerminkan komitmen kami untuk membantu meningkatkan kesihatan dunia melalui kajian berkualiti tinggi, bukti penyelidikan terkini, dan memudahkan maklumat diperolehi dan difahami.

Model pembiaya Cochrane mencerminkan keantarabangsaan dan jaringan organisasi. Manakala pendapatan teras kami (pendapatan yang dibayar terus kepada Cochrane dan digunakan untuk mengekalkan sistem pengurusan maklumat, program penyelidikan, laman web dan lain-lain) datang terutamanya daripada hasil Perpustakaan Cochrane dan produk Cochrane lain, kumpulan kami disokong oleh kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, universiti, hospital, yayasan persendirian, dan sumbangan peribadi. Mereka tidak dibenarkan untuk menerima dana daripada organisasi komersil seperti syarikat farmaseutika Ini untuk memastikan kesimpulan Sorotan Cochrane tidak dipengaruhi oleh kepentingan perniagaan.

Share/Save