Nama kami


Professor Archibald Leman Cochrane, CBE FRCP FFCM, (1909-1988)
(seperti yang digambarkan oleh komposit beratus-ratus gambar penyumbang Cochrane)

Kenapa 'Cochrane'?
Cochrane dinamakan sebagai penghormatan kepada Archie Cochrane, seorang penyelidik perubatan British yang banyak menyumbang kepada pembangunan epidemiologi sebagai sains.

Archie Cochrane terkenal dengan bukunya yang berpengaruh, Effectiveness and Efficiency: Random Reflections on Health Services, diterbitkan pada tahun 1972 [1]. Prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Cochrane oleh beliau adalah jelas dan terus-terang: beliau mencadangkan bahawa, disebabkan sumber-sumber sentiasa terhad dan perlu digunakan untuk menyediakan bentuk penjagaan kesihatan dengan saksama seperti ditunjukkan dalam penilaian rekaan bentuk yang sesuai untuk ia menjadi berkesan. Khususnya, beliau menekankan kepentingan menggunakan bukti daripada kajian terkawal rawak (RCTs) kerana ia mungkin memberikan maklumat yang lebih sahih daripada sumber-sumber bukti yang lain. Usul mudah Cochrane mula diiktirafkan dengan meluas sebagai penting untuk perkembangan masa depan - oleh orang awam dan juga oleh para profesional kesihatan.

Pada tahun 1979 beliau menulis, "Ia pasti merupakan kritikan hebat terhadap profesion kita yang mana kita tidak mengelola ringkasan kritikal, mengikut bidang atau sub-bidang, yang disesuaikan dari masa ke semasa, bagi semua kajian rawak terkawal yang relevan." [2] Cabaran beliau membawa kepada penubuhan satu kolobrasi antarabangsa dalam tahun 1980-an untuk membangunkan Pangkalan Data Kajian Perinatal Oxford (Oxford Database of Perinatal Trials).

Pada tahun 1987, setahun sebelum Cochrane meninggal dunia, beliau merujuk kepada kajian sistematik RCTs penjagaan semasa mengandung dan melahiran anak sebagai "satu kejayaan sebenar dalam sejarah kajian rawak dan dalam penilaian penjagaan", dan mencadangkan bahawa kepakaran lain perlu meniru kaedah yang digunakan. [3] Galakan dan sokongan orang lain terhadap pandangan beliau, membawa kepada pembukaan pusat pertama Cochrane (di Oxford, UK) pada tahun 1992 dan penubuhan Kolobrasi Cochrane "The Cochrane Collaboration" pada tahun 1993.

Karya-karya oleh dan mengenai Archie Cochrane
Cochrane AL. Effectiveness and Efficiency. Random Reflections on Health Services. London: Nuffield Provincial Hospitals Trust, 1972. (Dicetak semula pada tahun 1989 dengan kerjasama BMJ, Dicetak semula pada tahun 1999 untuk Nuffield Amanah oleh Royal Society of Medicine Press, London (ISBN 1-85315-394-X).)

Cochrane AL. 1931-1971: a critical review, with particular reference to the medical profession. Dalam: Medicines for the year 2000. London: Office of Health Economics, 1979, 1-11. [2]

Cochrane AL. Foreword. Dalam: Chalmers I, Enkin M, Keirse MJNC, eds. Effective care in pregnancy and childbirth. Oxford: Oxford University Press, 1989. [3]

Dickersin K and Manheimer E. The Cochrane Collaboration: Evaluation of health care and services using systematic reviews of the results of randomised controlled trials. Clinical Obstetrics and Gynecology 41(2):315-331, 1998. Menyediakan maklumat yang sangat baik bagaimana visi Archie Cochrane mengilhamkan orang lain, dan akhirnya membawa kepada penubuhan The Cochrane Collaboration.

Archie Cochrane: Back to the front, diedit oleh F. Xavier Bosch, menggunakan pengalaman Archie Cochrane dalam perang saudara Sepanyol sebagai titik permulaan untuk membincangkan kehidupan dan kerja, dan pengaruhnya ke atas penubuhan dan pembangunan Kolobrasi Cochrane. Termasuk komentar dari keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja. Salinan buku itu boleh didapati dengan 75.00 € (GBP £ 52,00); untuk pesanan, guna borang pesanan ini.

One man's medicine : an autobiography of Professor Archie Cochrane. A. L. Cochrane ; Max Blythe. Cardiff : Cardiff University. 2009. Edisi baru. 303 muka surat, 14 plat, 16 gambarajah. ISBN 978-0-9540884-3-9. [Order online directly from Cardiff University (Lindsay Roberts, Health Library, Cochrane Building, Cardiff University, Heath Park, Cardiff, CF14 4YU, UK) or via Amazon.co.uk.]

Share/Save