Logo kami

Logo Cochrane

Logo kami menceritakan...

Bulatan yang dibentuk oleh bentuk dua 'C' mewakili kolobrasi global kami. Garisan dalam menggambarkan keputusan ringkas dari ulasan sistematik ikonik Setiap barisan mendatar mewakili keputusan satu kajian, manakala berlian mewakili hasil gabungan, anggaran terbaik kami sama ada rawatan adalah berkesan atau berbahaya. Berlian berada dengan jelas di sebelah kiri garis menegak mewakili "tiada perbezaan", oleh itu bukti menunjukkan bahawa rawatan adalah berfaedah. Kami memanggil perlambangan ini sebagai plot hutan atau "forest plot". “Forest plot” di dalam logo kami menggambarkan contoh potensi untuk ulasan sistematik bagi menambah baik penjagaan kesihatan. Ia menunjukkan bahawa apabila kortikosteroid diberikan kepada wanita yang akan melahirkan bayi sebelum cukup tempoh kehamilan boleh menyelamatkan nyawa bayi yang baru lahir itu.

Walaupun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan manfaat kortkosteroid, penggunaan rawatan tersebut dalam kalangan pakar obstetrik adalah rendah. Ulasan sistematik tersebut(asalnya diterbitkan oleh Crowley et al. dan kemudiannya diperbahurui) mempengaruhi peningkatan penggunaan rawatan ini.Intervensi mudah ini barangkali telah menyelamatkan ribuan nyawa bayi-bayi pramatang.


Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan logo Cochrane, sila layari halaman 'Logo dan dasar pengendosan’ kami di laman Cochrane Masyarakat.

Berkongsi/Menyimpan