Tadbir urus dan dasar kami

Tadbir urus

Cochrane adalah sebuah badan amal berdaftar di United Kingdom dan ditadbir di bawah Tataurusan Pertubuhan kami .

Lembaga Pengelola Cochrane terdiri daripada 13 ahli, termasuk beberapa ahli yang dipilih dari kalangan penyumbang Cochrane, dan beberapa pelantikan ahli luar. Lembaga ini bertanggungjawab untuk penyeliaan pembangunan dan pelaksanaan hala tuju strategik Cochrane. Lihatkeahlian penuh Lembaga .

Lembaga ini menyelia kerja-kerja pasukan Ketua Pegawai Eksekutif dan Eksekutif Pusat Cochrane, yang menyokong pembangunan dan penyampaian kerja terhadap seluruh kumpulan dan projek Cochrane. (Lihat lebih banyak maklumat mengenai struktur organisasi kami.)

Cochrane telah mengkaji semula dan mengemaskini struktur Lembaga pada 2016. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Komuniti.

Martin Burton    Cindy Farquhar
Co-Chairs of the Cochrane Board: Martin Burton and Cindy Farquhar

Polisi

Cochrane telah membangunkan sumber yang komprehensif untuk menangani isu yang berkaitan dengan dasar editorial dan organisasi.

Sumber Editorial dan Dasar Penerbitan boleh didapati di laman web Komuniti.

Maklumat dasar organisasi yang relevan kepada organisasi yang lebih luas dan orang awam boleh didapati sini di cochrane.org. .

Maklumat dasar organisasi berkaitan dengan keperluan masyarakat teras Cochrane boleh didapati di laman web komuniti.

Transparency

Kami berusaha untuk memastikan ketelusan dalam semua bidang Cochrane. Ulasan tahunan dan laporan kewangan kami diterbitkan di laman web kami. Kebanyakan dokumen yang dipertimbangkan oleh Lembaga kami dan minit-minit mesyuarat adalah Akses Terbuka dan boleh didapati dalam talian. Cochrane juga mempunyai dasar konflik kepentingan yang komprehensif yang dipakai oleh semua penyumbang-penyumbang Cochrane.

Berkongsi/Menyimpan