Akses Terbuka


Pencapaian geografi dan akses kepada Perpustakaan Cochrane

Pencapaian geografi dan akses kepada Perpustakaan Cochrane
(kekunci: ungu: percuma | Orange: Lesen negara | Biru: Langganan)


Sebagai sebahagian daripada komitmen Cochrane untuk mengutamakan keperluan pengguna dalam reka bentuk kandungan dan penghantaran, kami sedang berusaha ke arah matlamat untuk mencapai akses terbuka universal untuk Ulasan Cochrane yang baru dan dikemaskini pada akhir pelan strategik semasa kami pada tahun 2020. Rancangan kami untuk mencapai matlamat ini termasuk proses untuk menyediakan akses terbuka sebaik sahaja selepas penerbitan bagi kedua-dua ulasan baru dan kemaskini, dan kemudian untuk arkib besar ulasan kami yang telah diterbitkan.

Sejak Februari 2013, semua Ulasan-ulasan Cochrane yang baru menjadi akses percuma untuk semua pembaca 12 bulan selepas penerbitan; kami juga akan bekerjasama dengan Wiley, penerbit Perpustakaan Cochrane , untuk memberi pilihan yang lain untuk membuat ulasan akses terbuka serta-merta . Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan kami dan kemajuan akses terbuka, sila lihat strategi Cochrane kearah 2020 atau laman maklumat akses terbuka Perpustakaan Cochrane.

Pada 2016, 2,2 bilion orang di 133 negara-negara mempunyai akses satu klik melalui Perpustakaan Cochrane. Akses ini disediakan melalui peruntukan nasional (215,144,561 orang), atau peruntukan percuma yang diberikan kepada negara-negara yang layak untuk WHO’s Health InterNetwork Access to Research Initiative (HINARI) (1,974,305,549 orang).

 

Berkongsi/Menyimpan