Komuniti global kami

Kumpulan Tematik

Kumpulan Tematik

Matlamatnya adalah untuk Kumpulan Tematik berpandangan ke hadapan, responsif kepada keperluan penerima manfaat kami dan membantu kami melaksanakan empat prinsip Strategi untuk Perubahan prinsip utama:

  • Kolaborasi: memastikan kami mengekalkan kolaborasi global yang menyokong nilai ulasan Cochrane;
  • Relevan: memastikan bukti yang kami hasilkan menangani isu prioriti untuk dunia, seterusnya memaksimumkan impak kami terhadap kesihatan global;
  • Integriti: jelas tentang sebab kami mengutamakan topik, dan mengelak daripada tertakluk kepada kepentingan peribadi;
  • Kualiti: mengekalkan dan memanjangkan reputasi kami untuk menyediakan bukti terbaik untuk soalan kesihatan global melalui keutamaan dan fokus.

Lihat Kumpulan Tematik kami


Kumpulan Ulasan

Cochrane mempunyai banyak Kumpulan Ulasan Cochrane (CRGs) yang bertanggungjawab untuk pengeluaran ulasan sistematik berkualiti tinggi yang efisien dan menepati masa yang menangani soalan-soalan penyelidikan yang paling penting bagi pembuat keputusan .

Lihat Kumpulan Ulasan kami


Rangkaian geografi

Kumpulan Geografi

Cochrane merupakan satu rangkaian yang benar-benar global, bebas dengan ahli dan penyokong di seluruh dunia. Kami mempunyai Kumpulan Cochrane geografi rasmi di 50 buah negara. Kumpulan-kumpulan ini mewakili Cochrane dalam negara itu, mempromosi, dan menyokong penggunaan bukti Cochrane dalam dasar kesihatan dan amalan, dan sokongan ahli dan penyokong yang menetap di sana.

Lihat Kumpulan-kupulan Geografi kami


.Bidang

Bidang dan Rangkaian

Cochrane mempunyai 13 Bidang tematik dan rangkaian yang memberi tumpuan kepada dimensi penjagaan kesihatan selain daripada keadaan atau topik - termasuk penetapan penjagaan (penjagaan primer), jenis pengguna (kanak-kanak, orang tua), atau jenis penyedia (kejururawatan).

Lihat Bidang dan Rangkaian kami


Kumpulan-kumpulan Kaedah.

Kumpulan-kumpulan Kaedah

Cochrane mempunyai 17 Kumpulan kaedah yang memberi nasihat dasar dan ruang untuk perbincangan mengenai pembangunan dan pelaksanaan kaedah-kaedah yang digunakan dalam penyediaan Ulasan Cochrane.

Lihat Kumpulan-kumpulan Kaedah kami