Ubat antiepileptik untuk sakit kronik bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja

Kesimpulannya

Penyelidik tidak pasti sama ada ubat antiepileptik boleh memberikan kelegaan kesakitan untuk kesakitan berkaitan dengan penyakit bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja. Bukti mencadangkan bahawa satu jenis ubat antiepileptik adalah lebih berkesan daripada lain adalah kurang.

Latar belakang

Kanak-kanak boleh mengalami sakit kronik atau berulang yang berkaitan keadaan genetik, kerosakan saraf, sakit otot atau tulang, sakit perut, atau dari punca yang tidak diketahui. Sakit kronik adalah sakit yang berlangsung tiga bulan atau lebih lama dan biasanya disertai dengan perubahan dalam gaya hidup dan kebolehan berfungsi serta mendapat sokongan daripada tanda dan gejala kemurungan dan kebimbangan.

Ubat antiepileptik (anticonvulsant) asalnya dicipta untuk merawat epilepsi, tetapi sebahagian daripada ubat-ubatan telah memberikan kelegaan sakit dalam beberapa keadaan sakit yang kronik dalam orang dewasa.

Ciri-ciri kajian

Pada September 2016 penyelidik mencari kajian klinikal di mana ubat antiepileptik telah digunakan untuk merawat kesakitan kronik. Penyelidik mendapati dua kajian dengan seramai 141 orang peserta (umur 7 hingga 18 tahun) dengan kesakitan neuropatik kronik, sindrom sakit serantau yang kompleks jenis 1 atau fibromialgia, yang mempunyai lebih daripada 3 bulan.

Keputusan utama

Satu kajian melihat kepada pregabalin berbanding dengan plasebo bagi orang dengan fibromialgia, dan mendapati tiada perubahan ketara dalam skor kesakitan. Kajian lain menilai gabapentin berbanding dengan amitriptyline, tetapi tidak melaporkan hasil kesakitan yang ditetapkan oleh penyelidik.

Kesan sampingan adalah tidak biasa, dan hanya reaksi ringan (seperti loya, pening, mengantuk, keletihan dan ketidakselesaan abdomen): pregabalin 38 peserta, gabapentin 2 peserta, amitriptyline 1 peserta dan plasebo 34 peserta. Hanya 11 peserta menarik diri disebabkan oleh kesan sampingan ringan ini (4 pregabalin, 2 gabapentin, 1 amitriptyline, 4 plasebo).

Kualiti bukti

Penyelidik telah menilai tahap kualiti bukti daripada kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa penyelidik tidak pasti mengenai keputusan dalam kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud bahawa penyelidik sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut.

Kualiti bukti dalam ulasan ini adalah sangat rendah disebabkan oleh kekurangan data dan kajian saiz kecil. Hasilnya, penyelidik mendapati tidak ada bukti untuk menyokong atau menafikan penggunaan ubat antiepileptik untuk merawat kesakitan kronik bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan