Ventilasi yang disesuaikan dengan neuronal membantu sokongan pernafasan neonatal

Soalan ulasan: Adakah bantuan ventilasi yang disesuaikan dengan neuronal (NAVA) merupakan kaedah yang lebih berkesan untuk menyokong pernafasan bayi yang dilahirkan terdahulu daripada kaedah pengudaraan konvensional?

Latar Belakang: bantuan ventilasi yang disesuaikan dengan neuronal melibatkan penggunaan isyarat elektrik dari otot pernafasan utama bayi untuk memaklumkan ventilator apabila bayi cuba bernafas, supaya ventilasi dapat menyokong usaha bayi sendiri. Menyeragamkan usaha bayi dengan aktiviti ventilator boleh mengurangkan tekanan yang diperlukan, bersama-sama dengan kerosakan pada paru-paru. Menggunakan mekanisme kawalan pernafasan sendiri bayi juga dapat mengurangkan turun naik dalam kadar karbon dioksida dalam darah dan variasi aliran darah ke otak.

Ciri-ciri kajian: Semasa carian sastera selesai sehingga Mac 2017, penyelidik mendapati satu kajian rawak terkawal yang memenuhi kriteria pemasukan untuk ulasan ini.

Keputusan utama: Penyelidik mendapati satu kajian yang layak yang dijalankan untuk menilai penggunaan NAVA dalam memberikan sokongan pernafasan yang baru. Kajian ini tidak melaporkan sebarang perbezaan yang ketara dalam hasil kepentingan antara NAVA dan pengudaraan tekanan terhad yang dipacu pesakit. Kajian yang dirancang dengan baik diperlukan untuk menilai selanjutnya peranan teknik yang berpotensi menarik ini dalam memberikan sokongan pernafasan bagi populasi neonatal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information