Penggunaan epinephrine (adrenaline) dalam rawatan keadaan pernafasan laju sementara bayi baru lahir

Soalan kajian: Adakah epinephrine mengurangkan tempoh terapi oksigen dan keperluan sokongan respiratori dalam bayi baru lahir dengan keadaan pernafasan laju sementara?

Latar Belakang: Pernafasan laju sementara bayi baru lahir adalah berciri kadar pernafasan tinggi (lebih daripada 60 nafas seminit) dan tanda-tanda masalah pernafasan (kesukaran bernafas); ia biasanya muncul dalam dua jam pertama hayat bayi yang dilahirkan pada atau selepas usia kandungan 34 minggu.Walaupun pernafasan laju sementara bayi yang baru lahir biasanya meningkatkan tanpa rawatan, ia dikaitkan dengan sindrom semput pada akhir zaman kanak-kanak.Idea di sebalik menggunakan epinephrine untuk merawat pernafasan laju sementara bayi yang baru lahir adalah berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa ubat-ubatan yang dipanggil β-agonist, seperti epinephrine, boleh mempercepatkan kadar penyingkiran cecair dari rongga kecil di dalam paru-paru yang dipanggil alveoli.Kajian ini melaporkan dan menganalisis dengan kritikal bukti yang ada mengenai keberkesanan epinephrine dalam rawatan keadaan pernafasan laju sementara bayi yang baru lahir.

Ciri-ciri Pengajian: Dalam carian kesusasteraan perubatan yang lengkap hingga Mac 2016, kami telah mengenalpasti dan melibatkan satu kajian klinikal dengan 20 bayi yang baru lahir membandingkan epinephrine dengan plasebo.

Keputusan: Epinephrine tidak mengurangkan tempoh rawatan dengan oksigen, keperluan untuk sokongan pernafasan atau mana-mana ukuran lain yang berkaitan pada bayi baru lahir dengan keadaan pernafasan laju sementara

Rumusan: Oleh kerana jumlah bayi baru lahir yang dimasukkan dalam kajian adalah kecil, kajian semula ini tidak mendapat samada manfaat atau kesan mudarat oleh epinephrine dan tidak memberikan jawapan muktamad kepada soalan kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information