Chloral hidrat sebagai agen penenang untuk prosedur neurodiagnostik pada kanak-kanak

Soalan ulasan

Pada kanak-kanak yang menjalani prosedur neurodiagnostik yang tidak invasif, adakah oral chloral hidrat lebih berkesan untuk menghasilkan kesan penenang yang mencukupi dan lebih selamat daripada cara lain untuk mencapai ketenangan?

Latar belakang

Prosedur neurodiagnostik adalah penyiasatan neurologi bukan invasif yang penting bagi kanak-kanak yang disyaki mempunyai gangguan neurologi. Penyiasatan ini termasuk pengimejan otak dan ujian aktiviti elektrik otak. Bagi ujian ini untuk berjaya dilaksanakan, kanak-kanak perlu kekal selama sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit semasa tempoh penyiasatan. Agen penenang diperlukan untuk kanak-kanak, yang biasanya tidak dapat kekal untuk tempoh waktu ini.

Tarikh carian

Penyelidik melakukan carian dalam pelbagai pangkalan data perubatan pada bulan Julai 2017.

Ciri-ciri kajian

Tiga belas kajian yang melibatkan seramai 2390 kanak-kanak sesuai dengan kriteria pemasukan penyelidik. Kajian-kajian ini semua dilakukan di hospital yang menyediakan perkhidmatan neurodiagnostik. Kebanyakan kajian menilai tiga langkah hasil utama: i) perkadaran kanak-kanak yang tidak berjaya ditenangkan untuk prosedur neurodiagnostik, ii) tempoh masa diambil untuk tenang yang mencukupi, dan iii) kesan sampingan yang berkaitan dengan agen penenang. Kualiti kajian termasuk adalah bercampur, mulai dari sangat rendah hingga tinggi. Kualiti kajian telah terjejas terutamanya kerana mereka yang terlibat dalam kajian, seperti doktor yang memberi sedasi atau ibu bapa kanak-kanak tersebut, tidak menyembunyi daripada mengetahui agen pernafasan yang diberikan kepada kanak-kanak itu, yang mungkin menjejaskan rakaman mereka atau tafsiran keputusannya.

Keputusan utama

Penyelidik merumuskan bukti keberkesanan dan kemudaratan penenang oral chloral hidrat apabila dibandingkan dengan ubat penenang yang lain. Penyelidik memasukkan 13 kajian dengan jumlah 2390 kanak-kanak (berumur sehingga 18 tahun). Semua kajian dijalankan di hospital yang melakukan prosedur neurodiagnostik. Ulasan penyelidik menunjukkan bahawa oral chloral hidrate adalah sama berkesan dengan agen penenang dengan kadar kegagalan tenang yang sama jika dibandingkan dengan dexmedetomidine oral, hydroxyzine hydrochloride oral, dan midazolam oral; dan mungkin agen penenang yang lebih berkesan dengan kadar kegagalan penenang yang rendah jika dibandingkan dengan promethazine oral. Walaupun kebanyakan kajian yang disertakan menunjukkan bahawa chloral hidrat adalah selamat tanpa peningkatan kesan sampingan jika dibandingkan dengan agen penenang lain, satu kajian melaporkan peningkatan risiko kesan buruk jika dibandingkan dengan dexmedetomidine oral.

Kualiti bukti

Kebanyakan kualiti bukti adalah rendah disebabkan oleh kecacatan metodologi dalam kajian yang disertakan dan saiz sampel kecil dalam setiap kajian. Oleh itu, keyakinan penyelidik terhadap keputusan kajian dikurangkan. Faktor utama yang mempengaruhi kualiti bukti adalah kekurangan ketidaktepatan dalam anggaran keputusan, kerana pelbagai kesan yang munasabah yang dikira adalah luas.

Kesimpulan

Selain daripada terapi intravena pentobarbital dan muzik, oral chloral hidrat sama ada sama berkesan atau lebih berkesan sebagai agen penenang jika dibandingkan dengan agen sedatif lain untuk kanak-kanak yang menjalani prosedur neurodiagnostik yang tidak invasif. Memandangkan kualiti bukti yang rendah, penyelidik tidak boleh membuat kesimpulan yang jelas mengenai keberkesanan atau keselamatan sebarang agen sedatif pediatrik. Profil kesan sampingan oral chloral hidrat apabila dibandingkan dengan penenang lain memerlukan kajian lanjutan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save