Aspirasi pneumothorax pada bayi dengan jarum kecil berbanding tiub yang lebih besar yang diletakkan melalui ruang intercostal

Soalan kajian: Adakah penggunaan jarum untuk aspirate pneumothorax berbanding tiub intercostal mengurangkan kematian bayi baru lahir?

Latar belakang: Pneumothorax adalah kemasukan udara dalam ruang pleural (ruang antara paru-paru dan dinding dada). Ia adalah suatu keadaan yang serius pada bayi baru lahir yang mungkin dirawat dengan aspirasi jarum atau penempatan tiub dada. Aspirasi jarum adalah kurang invasif dan mungkin mengelakkan keperluan untuk kemasukan tiub dada, dengan itu mengurangkan tempoh hospitalisasi. Namun begitu, kegagalan aspirasi jarum mungkin mengakibatkan keperluan untuk kemasukan tiub dada, satu prosedur invasif tambahan. Ulasan sistematik ini mencernakan bukti yang ada mengenai keberkesanan kedua-dua teknik dalam rawatan pneumothorax untuk bayi.

Ciri-ciri Pengajian: Satu kajian dimasukan. Kajian ini mendaftarkan 72 bayi baru lahir bagi membandingkan aspirasi jarum dengan angiocatheter ditempatnya (in situ) dengan penempatan tiub dada untuk rawatan pneumothorax.

Keputusan: Penggunaan jarum aspirasi dengan angiocatheter ditempatnya (in situ) berbanding penempatan tiub dada tidak mengurangkan kadar kematian atau apa-apa komplikasi yang berkaitan dengan prosedur itu. Bayi dengan pneumothorax yang menerima teknik kurang invasif (aspirasi jarum dengan angiocatheter di tempatnya) tidak pernah memerlukan penempatan tiub intercostal dan tempoh penempatan tiub mereka adalah lebih singkat.

Rumusan: Kajian kecil yang dikenalpasti tidak membekalkan maklumat yang mencukupi untuk menentukan yang mana satu teknik adalah lebih baik untuk merawat pneumothorax dalam neonate.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College) Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save