Keberkesanan penyelarasan program kembali bekerja bagi pekerja yang bercuti sakit.

Apakah matlamat ulasan ini?

Matlamat ulasan ini ialah untuk membandingkan kesan penyelarasan program kembali bekerja dengan amalan asal bagi pekerja yang bercuti sakit atau kurang upaya.

Mesej utama

Kami mendapati bahawa penyelarasan program kembali bekerja tiada kesan berbanding hasil amalan asal kembali bekerja. Hasil-hasil tersebut adalah masa kembali bekerja, ketiadaan kerana sakit kumulatif, perkadaran pekerja di akhir susulan dan perkadaran yang kembali bekerja. Kami tidak menemui manfaat jangka pendek atau jangka panjang.

Kami hanya menemui manfaat yang kecil untuk hasil yang dilaporkan sendiri oleh pesakit. Kesemua kesan-kesan tersebut adalah kecil dari perbezaan penting klinikal minima.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Kembali bekerja selepas bercuti sakit jangka panjang penting bagi masyarakat, majikan dan pekerja itu sendiri. Intervensi yang mungkin untuk tujuan ini adalah penyelarasan program kembali bekerja, juga disebut pengurusan kes atau penjagaan bersama. Program-program ini melibatkan kerjasama profesional kesihatan dengan pekerja untuk membantu menangani ketidakupayaan bekerja. Program penyelarasan kembali bekerja berbeza dari segi tempoh dan reka bentuk. Secara umumnya, ia melibatkan penilaian halangan yang menyekat kembalinya untuk bekerja dan pelan individu untuk melenyapkan halangan dan mengembalikan pekerja untuk bekerja. Komponen rawatan mungkin termasuk kaunseling, terapi fizikal atau pekerjaan dan penjagaan pakar.

Penyelarasan program kembali bekerja memerlukan sumber yang banyak. Namun, keberkesanannya adalah tidak pasti.

Apakah keputusan utama ulasan?

Kami melibatkan 14 kajian rawak terkawal yang merangkumi 12,568 pekerja dengan masalah rangka otot dan kesihatan mental. Pekerja hendaklah bercuti sakit untuk sekurang-kurangnya empat minggu.

Bagi susulan jangka pendek enam bulan, penyelarasan program kembali bekerja mungkin memberi kesan yang kecil atau tiada perbezaan langsung bagi masa kembali bekerja (bukti kualiti rendah), mungkin memberi kesan kecil atau tiada perbezaan ketiadaan akibat sakit kumulatif (bukti kuailiti sederhana), mungkin memberi kesan kecil atau tiada perbezaan perkadaran peserta bekerja di akhir susulan (bukti berkualiti rendah). Akhirnya, kami tidak pasti sama ada program tersebut menambahbaik perkadaran peserta yang kembali bekerja kerana kualiti bukti dinilai sebagai sangat rendah.

Bagi susulan jangka panjang 12 bulan, penyelarasan program kembali bekerja mungkin memberi kesan kecil atau tiada perbezaan bagi masa kembali bekerja, ketiadaan akibat sakit kumulaif atau perkadaran peserta bekerja di akhir susulan (semua bukti berkualiti rendah) dan ia hanya menunjukkan sedikit atau tiada perbezaan kepada perkadaran peserta yang kembali bekerja (bukti berkualiti sederhana).

Bagi susulan jangka panjang lebih dari 12 bulan, penyelarasan program kembali bekerja mungkin memberi kesan kecil atau tiada perbezaan bagi masa kembali bekerja (bukti kualiti rendah), mungkin memberi kesan kecil atau tiada perbezaan ketiadaan akibat sakit kumulatif (bukti kuailiti sederhana), mungkin memberi kesan kecil atau tiada perbezaan perkadaran peserta bekerja di akhir susulan dan perkadaran peserta yang kembali bekerja (kedua-dua bukti berkualiti rendah).

Kami hanya mendapati manfaat yang kecil bagi hasil laporan pesakit termasuk sakit, keupayaan berfungsi, murung dan kerisauan.Kesemua kesan adalah lebih kecil dari perbezaan penting klinikal minima.

Oleh kerana kami mendapati terlalu banyak bukti berkualiti rendah dan sangat rendah ini bermaksud kajian baru cenderung untuk mengubah keputusan tersebut.

Bagaimanakah untuk mengemaskini ulasan ini?

Kami mencari literatur saintifik sehingga 1 November 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information