Kesan pengaturan penghantaran sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah

Apakah matlamat gambaran keseluruhan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk memberikan ringkasan yang luas tentang apa yang diketahui mengenai kesan pengaturan penghantaran untuk sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah.

Gambaran keseluruhan ini berdasarkan 51 ulasan sistematik. Ulasan sistematik ini mencari kajian yang menilai pelbagai jenis susunan penghantaran. Ulasan ini melibatkan sejumlah 850 kajian.

Gambaran keseluruhan ini adalah satu daripada empat siri gambaran keseluruhan Cochrane yang menilai susunan sistem kesihatan.

Apakah yang dikaji dalam gambaran keseluruhan ini?

Pengaturan penghantaran termasuk perubahan dalam siapa yang menerima penjagaan dan apabila, yang menyediakan penjagaan, keadaan kerja mereka yang memberi penjagaan, penyelarasan penjagaan dalam kalangan pembekal penjagaan kesihatan yang berlainan, di mana penjagaan disediakan, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyampaikan penjagaan, dan kualiti dan sistem keselamatan. Cara perkhidmatan disampaikan boleh memberi impak ke atas keberkesanan, kecekapan dan ekuiti sistem kesihatan. Gambaran keseluruhan ini boleh membantu penggubal dasar dan pihak berkepentingan lain untuk mengenal pasti strategi bukti maklumat untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Apakah keputusan utama gambaran keseluruhan ini?

Apabila hanya bertumpu kepada keterangan yang dinilai sebagai kepastian yang tinggi hingga sederhana, gambaran ini menunjukkan beberapa pengaturan penghantaran yang mempunyai sekurang-kurangnya satu hasil yang diingini dan tidak ada bukti tentang hasil yang tidak diingini. Ini termasuk yang berikut:

Siapa yang menerima penjagaan dan bila

- Strategi beratur

- Penjagaan antenatal kumpulan

Siapa yang memberi penjagaan – pengembangan peranan atau peralihan tugas

- Orang awam atau pekerja kesihatan komuniti yang menyokong penjagaan orang yang mengalami darah tinggi

- Pakej neonatal berasaskan komuniti yang meliputi latihan tambahan pekerja jangkauan

- Pekerja orang awam kesihatan untuk menyampaikan ibu dan anak atau untuk penyakit berjangkit

- Tahap pertengahan, penyedia bukan doktor untuk penjagaan pengguguran

- Pekerja kesihatan menyediakan sokongan sosial semasa kehamilan berisiko

- Penjagaan bidan untuk wanita hamil dan bayi mereka

- Pekerja kesihatan bukan pakar atau profesional lain yang mempunyai peranan kesihatan untuk membantu orang yang mengalami gangguan mental, neurologi dan penyalahgunaan bahan

- Jururawat menggantikan doktor untuk memberi penjagaan

Penyelarasan penjagaan

- Rancangan penjagaan multidisiplin yang berstruktur (laluan penjagaan) yang digunakan oleh pembekal penjagaan kesihatan di hospital untuk memperincikan langkah-langkah penting dalam penjagaan orang dengan masalah klinikal tertentu

- Komunikasi interaktif antara kolaborasi doktor penjagaan primer dan doktor pakar dalam penjagaan pesakit luar

- Merancang untuk memudahkan pesakit keluar dari hospital ke rumah

- Menambah perkhidmatan kesihatan baru kepada perkhidmatan yang sedia ada dan mengintegrasikan perkhidmatan dalam penyediaan penjagaan kesihatan

- Mengintegrasikan vaksinasi dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lain

- Menggunakan pakar perubatan daripada jururawat untuk mengetuai triaj dalam jabatan kecemasan

- Kumpulan bidan memberikan penjagaan kepada sekumpulan wanita semasa mengandung dan melahirkan anak dan selepas melahirkan anak

Di mana penjagaan disediakan – tempat penyampaian perkhidmatan

- Klinik atau hospital yang menguruskan jumlah orang yang hidup dengan HIV dan AIDS berbanding dengan jumlah yang lebih kecil

- Penjagaan berasaskan rumah yang intensif untuk orang yang hidup dengan HIV dan AIDS

- Pengurusan malaria berasaskan rumah terhadap kanak-kanak

- Memberi penjagaan lebih dekat ke rumah untuk kanak-kanak dengan keadaan kesihatan jangka panjang

- Intervensi berasaskan komuniti menggunakan pekerja kesihatan awam untuk cirit birit dan pneumonia kanak-kanak

- Pemuda HIV dan perkhidmatan kesihatan reproduktif yang disediakan di luar kemudahan kesihatan

- Nyahsentralisasi penjagaan untuk memulakan dan menyelenggara rawatan ubat HIV dan AIDS ke pusat kesihatan periferal atau tahap penjagaan kesihatan yang lebih rendah

Teknologi maklumat dan komunikasi

- Pemesejan telefon mudah alih untuk orang yang mempunyai penyakit jangka panjang

- Penggunaan pesanan telefon bimbit sebagai peringatan untuk menghadiri temujanji kesihatan

- Pemesejan telefon mudah alih untuk mempromosikan pematuhan kepada terapi antiretroviral

- Wanita yang membawa nota kes kehamilan sendiri semasa kehamilan

- Intervensi maklumat dan komunikasi untuk meningkatkan liputan vaksinasi kanak-kanak

Sistem kualiti dan keselamatan

- Menubuhkan sistem maklumat klinikal untuk menyusun data pesakit untuk orang yang hidup dengan HIV dan AIDS

Pakej yang memasukkan pelbagai intervensi

- Intervensi untuk meningkatkan rujukan untuk rawatan kecemasan semasa mengandung dan melahirkan anak

Adakah gambaran keseluruhan ini terkini?

Pengarang gambaran keseluruhan telah mencari ulasan sistematik yang telah diterbitkan sehingga 17 Disember 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information