Kaedah dan tetapan yang berlainan bagi pemantauan glukosa untuk wanita menghidapi penyakit kencing manis semasa kehamilan

Apakah isunya?

Gestasi diabetes mellitus (GDM) adalah tidak toleransi terhadap glukosa yang membawa kepada kepekatan tinggi glukosa (gula) dalam darah (hiperglisemia) yang bermula atau diiktiraf pertama kali semasa mengandung. Pemantauan tahap glukosa darah adalah cara penting untuk mengekalkan mengawal kepekatan gula dalam darah. Terdapat beberapa kaedah yang berbeza untuk memantau glukosa darah yang boleh dilakukan dalam tetapan yang berbeza (contohnya di rumah atau hospital), akan tetapi tidak jelas cara yang paling baik untuk menghadkan komplikasi kesihatan untuk wanita dan bayi mereka.

Mengapakah ini penting?

Wanita dengan GDM lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia (keadaan berbahaya yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi) semasa hamil, dan menghadapi kelahiran yang di paksa, mengalami trauma pada perineum semasa kelahiran, atau melahirkan melalui pembedahan caesarean. Bayi mereka lebih cenderung untuk menjadi besar untuk usia kehamilan mereka semasa lahir, mendapati gula darah rendah (hipoglisemia), dan mengalami komplikasi yang membawa kepada kematian. Kedua-dua wanita dan bayi mereka lebih cenderung untuk mendapati komplikasi kesihatan dalam masa jangka panjang, termasuk diabetes jenis 2.

Apakah bukit yang penyelidik perolehi?

Penyelidik mencari kesusasteraan perubatan pada bulan September 2016 dan termasuk 11 kajian terkawal rawak (RCTs) yang melibatkan 1272 wanita dengan GDM dan bayi mereka. Tiga kajian disokong oleh rakan komersial.

Penyelidik termasuk lima perbandingan yang berbeza:

1) telemedicine (penghantaran kepekatan glukosa dari rumah kepada penjagaan kesihatan profesional untuk semakan) berbanding penjagaan piawaian ( tatap muka ulasan di klinik / hospital) (lima RCT);

2) pemantauan sendiri glukosa (di rumah) berbanding pemantauan berkala glukosa (kurang kerap pada lawatan bersemuka) (dua RCT);

3) penggunaan sistem pemantauan glukosa berterusan (CCMS) berbanding pemantauan sendiri glukosa yang kurang kerap (dua RCT);

4) teknologi modem (penghantaran kepekatan glukosa secara langsung dari meter glukosa kepada penjagaan kesihatan profesional) berbanding penghantaran telefon kepekatan glukosa (satu RCT);

5) pemantauan glukosa postprandial (selepas makan) berbanding preprandial (sebelum makan) (satu RCT).

Telemedicine berbanding penjagaan piawaian untuk pemantauan glukosa (lima RCT): tiada perbezaan yang jelas antara wanita dalam kumpulan telemedicine dan kumpulan penjagaan piawaian untuk pra-eklampsia atau hipertensi, pembedahan caesarean atau induksi pelahiran; atau untuk bayi mereka dilahirkan untuk usia kehamilan, membangun morbiditi yang serius, atau mengalami hipoglisemia. Tiada kematian dalam dua RCT yang melaporkan kematian bayi.

Pemantauan sendiri berbanding pemantauan glukosa berkala (dua RCT): tiada perbezaan yang jelas antara wanita dalam pemantauan diri dan kumpulan pemantauan glukosa berkala untuk pra-eklampsia atau pembedahan caesarean; atau untuk bayi mereka yang mati, dilahirkan pada usia yang besar untuk usia kehamilan, atau mengalami hipoglisemia.

CGMS berbanding pemantauan glukosa sendiri (dua RCT): tiada perbezaan yang jelas antara wanita dalam CGMS dan kumpulan pengawasan diri untuk pembedahan caesarean; atau untuk bayi yang dilahirkan pada usia yang besar untuk hamil, atau mengalami hipoglisemia. Tiada kematian bayi dalam dua RCT tersebut.

Modem berbanding penghantaran telefon untuk pemantauan glukosa (satu RCT): RCT ini melaporkan tiada hasil yang penyelidik anggap paling penting.

Pemantauan glukosa postprandial berbanding preprandial (satu RCT): tiada perbezaan yang jelas antara wanita dalam kumpulan pemantauan glukosa postprandial dan preprandial untuk pra-eklampsia, pembedahan caesarean atau trauma perineal; atau untuk bayi yang mengalami hipoglisemia. Bayi yang dilahirkan pada wanita dalam kumpulan pemantauan glukosa postprandial adalah kurang berkemungkinan dilahirkan pada usia gestasi yang besar daripada bayi dalam kumpulan preprandial.

Kualiti bukti untuk penemuan di atas adalah rendah atau sangat rendah. Tiada satu daripada 11 RCT melaporkan pada kemurungan postnatal, pengekalan berat badan selepas bersalin, kembali kepada berat pra-kehamilan, atau perkembangan diabetes jenis 2 untuk wanita; atau ketidakupayaan, adipositi atau perkembangan diabetes jenis 2 untuk bayi sebagai kanak-kanak atau orang dewasa.

Apakah maksudnya?

Pemantauan glukosa darah merupakan strategi penting untuk menguruskan GDM, akan tetapi tidak jelas apakah kaedah yang terbaik. Bukti muktamad dari RCTs belum lagi tersedia untuk membimbing amalan, walaupun pelbagai kaedah telah diselidiki. Beberapa RCT telah membandingkan intervensi sama atau serupa, RCTs kecil dan telah melaporkan penemuan terhad. RCT yang lebih besar, direka bentuk dengan baik, diperlukan untuk menilai kesan kaedah dan tetapan yang berbeza untuk pemantauan glukosa darah untuk wanita dengan GDM supaya meningkatkan hasil untuk wanita dan bayi mereka dalam jangka pendek dan panjang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information