Rawatan untuk lelaki dan wanita yang mendapat herpes kelamin kali pertama (episod pertama herpes kelamin)

Soalan kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan-kesan positif dan buruk rawatan, atas tempoh simptom, pada orang yang mempunyai episod herpes kelamin pertama mereka.

Latar belakang
Herpes kelamin disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV) yang terutamanya berjangkit melalui hubungan seks (sentuhan kulit ke kulit). Episod pertama herpes kelamin adalah kali pertama seseorang mengalami simptom herpes kelamin. Ciri utama herpes kelamin adalah luka-luka kulit yang menyakitkan. Rawatan adalah berasaskan penindasan virus untuk mengurangkan tempoh dan keterukan simptom.

Ciri-ciri kajian
Kami memasukkan 26 kajian rawak terkawal dengan 2084 peserta yang memerhatikan rawatan untuk episod pertama herpes kelamin berbanding plasebo atau rawatan lain. Semua kajian menyertakan orang yang mengalami episod pertama herpes kelamin mereka dan telah dijalankan di pelbagai negara di seluruh dunia. Tiga daripada kajian tersebut hanya menyertakan wanita, dan dalam semua kajian peserta telah mempunyai simptom selama lapan hari atau kurang. Lima belas daripada 26 kajian tersebut adalah dibiayai oleh syarikat farmaseutikal.

Keputusan penting
Bukti adalah yang semasa sehingga April 2016. Bukti menunjukkan bahawa acyclovir oral dan intravena mungkin berkesan dalam mengurangkan bilangan hari simptom dalam seseorang dengan episod pertama herpes kelamin. Valaciclovir oral menunjukkan tempoh masa simptom yang sama seperti acyclovir. Kami tidak menemui bukti yang cukup untuk menyokong penggunaan rawatan topikal. Tiada bukti bahawa mana-mana rawatan mengurangkan masa antara episod untuk orang dengan herpes kelamin. Bukti yang dikemukakan di sini kebanyakannya berkualiti rendah. Sebahagian besar kajian yang termasuk dalam ulasan ini telah dijalankan pada tahun 1980an dan pada masa itu, cara ringkas kajian dilaporkan tidak membenarkan kami untuk menilai dengan secukupnya kualiti kajian yang disertakan.

Kualiti bukti
Bukti yang disediakan oleh ulasan ini adalah berkualiti rendah. Walaupun 26 kajian disertakan dalam ulasan ini, meta-analisis yang diwujudkan dalam ulasan ini paling banyak pun melibatkan tiga kajian. Sebab utamanya ialah bilangan kecil kajian yang memerhatikan setiap antiviral yang berlainan jenis. Selain itu, adalah tidak jelas bagaimana kajian yang termasuk telah dijalankan, kerana kaedah untuk setiap kajian individu tidak melaporkan butiran yang cukup terperinci untuk menilai kualiti setiap kajian, tidak konsisten dan ini turut menjejaskan kualiti keseluruhan ulasan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh MelissaChoon (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College).Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi melissadebruyne@ms.pmc.edu.my

Tools
Information