Ubat anti-radang bukan steroid berbanding kortikosteroid untuk mengawal keradangan selepas pembedahan katarak yang tidak rumit

Matlamat ulasan
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui samada ubat anti-radang bukan steroid topikal (NSAID) (tunggal atau diambil dalam kombinasi dengan kortikosteroid topikal) atau kortikosteroid topikal sahaja adalah lebih baik untuk mengawal keradangan mata selepas pembedahan katarak. Penulis ulasan Cochrane telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati terdapat 48 kajian.

Mesej-mesej utama
Adalah tidak jelas sama ada NSAID atau kortikosteroid yang lebih baik dalam merawat keradangan mata selepas pembedahan katarak. Terdapat banyak kombinasi ubat dan rejimen dos dalam kajian-kajian yang terlibat. Kebanyakan kajian tidak memberikan data tentang keradangan.

Apakah yang telah dikaji dalam kajian ini?
Pembedahan katarak adalah salah satu pembedahan mata yang biasanya dilaksanakan. Radang mata adalah perkara lazim selepas pembedahan katarak. Jika tidak dirawat, keradangan ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. NSAID atau kortikosteroid biasanya digunakan untuk mengawal bengkak selepas pembedahan katarak. Ubat-ubatan ini bekerja dengan cara berbeza, jadi membandingkan kesan mereka adalah perlu. Penulis ulasan Cochrane membandingkan keberkesanan NSAID (tunggal atau dalam kombinasi dengan kortikosteroid) berbanding kortikosteroid sahaja untuk mengawal bengkak selepas pembedahan katarak.

Kami melibatkan 48 ujikaji rawak terkawal dari 17 negara yang berbeza. Lima belas kajian membandingkan satu NSAID dengan satu kortikosteroid. Sembilan belas kajian membandingkan NSAID bersama kortikosteroid berbanding satu kortikosteroid sahaja. Empat belas kajian lain mempunyai lebih daripada dua lengan kajian, dengan kombinasi NSAID dan kortikosteroid yang berbeza.

Dalam membandingkan peserta yang menerima satu NSAID dengan orang yang menerima kortikosteroid:

• Adalah tidak jelas sama ada bilangan sel-sel, iaitu tanda-tanda keradangan di dalam mata, adalah lebih tinggi atau lebih rendah

• kejadian `flare' adalah kurang (tanda keradangan lain di dalam mata, di mana pancaran cahaya terlihat melalui cecair mata, seperti cahaya lampu carian) pada bahagian belakang mata dalam kumpulan yang menerima hanya satu NSAID

• Adalah tidak jelas sama ada terdapat satu kadar kejadian yang tinggi dimana bengkak kornea, tingkap yang jelas di hadapan mata menjadi berkabus jika bengkak, sebulan selepas pembedahan

• Terdapat risiko yang lebih rendah untuk kejadian cystoid makular edema (cecair dan bengkak di bahagian mata yang dipanggil makula, bahagian tengah retina, membran peka cahaya di belakang mata yang bertanggungjawab untuk visi terperinci dan jika dilaksanakan boleh membuat visi menyelubungi dan diputarbelitkan) dalam kumpulan yang menerima hanya satu NSAID

Kajian yang dilibatkan dalam perbandingan ini tidak menyediakan maklumat yang mencukupi untuk meneliti ketajaman penglihatan, tempoh rawatan yang diperlukan, kesan sampingan ubat-ubatan, atau kos.

Dalam membandingkan peserta yang menerima kombinasi satu NSAID dan satu corticosteroid berbanding dengan mereka yang menerima satu kortikosteroid sahaja:

• Terdapat satu contoh corneal edema yang lebih tinggi dalam kumpulan yang menerima kombinasi kedua-dua jenis ubat-ubatan

• Terdapat risiko yang lebih rendah untuk mendapat cystoid makular edema seminggu selepas pembedahan dalam kumpulan yang menerima kombinasi kedua-dua jenis ubat-ubatan

Kajian yang dilibatkan tidak menyediakan maklumat yang mencukupi untuk meneliti jumlah sel-sel bahagian belakang mata, ketajaman penglihatan, tempoh rawatan peserta perlu, kesan sampingan ubat-ubatan dan kos.

Ulasan ini membandingkan pelbagai jenis ubat-ubatan, dos dan rawatan. Kami cuba untuk melihat semua jenis ejen-ejen anti-radang dalam kajian ini. NSAID yang diambil kira dalam ulasan ini adalah indomethacin, ketorolac, nepafenac, diclofenac, bromfenac, flurbiprofen, dan pranoprofen. Kortikosteroid yang dimasukkan dalam ulasan ini adalah dexamethasone, prednisolone acetate, betamethasone, rimexolone, fluorometholone, dan loteprednol. Satu ulasan masa depan yang melihat kepada hasil yang berbeza mungkin akan lebih berkesan dalam menentukan sama ada NSAID atau kortikosteroid adalah lebih baik dalam merawat bengkak selepas pembedahan katarak.

Bagaimanakah cara untuk mengemaskinikan ulasan ini?
Penulis ulasan Cochrane telah mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 16 Disember 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University).Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan