Programpengurusan diri untuk orang yang hidup dengan kesan jangka panjang angin ahmar

Soalan ulasan

Apakah kesan-kesan program pengurusan diri untuk orang yang menghidapi angin ahmar?

Latar belakang

Strok adalah disebabkan oleh gangguan dalam bekalan darah ke bahagian otak yang menyebabkan kerosakan yang menjejaskan kehidupan mereka dan mengubah keupayaan mereka untuk hidup secara bersendirian dan dengan berkualiti. Ia telah dicadangkan bahawa latihan yang khas, yang dipanggil 'program pengurusan diri', mengajar orang ramai mengenai strok, membantu mereka membangunkan kemahiran untuk bekerja dengan masalah dan cabaran mereka dan membantu mereka mengenal pasti dan mencapai matlamat mereka sendiri dan membantu mereka.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik mendapati 14 kajian hingga April 2016 yang melibatkan 1863 peserta yang melihat faedah program-program ini untuk orang dengan angin ahmar. Mereka telah dijalankan di pelbagai negara dalam pelbagai format - kadang-kala dalam kumpulan, kadang-kala secara individu, dan untuk tempoh masa yang berbeza.

Keputusan utama

Penyelidik mendapati bahawa program-program sedemikian mungkin meningkatkan kualiti hidup selepas strok. Penghidap strok dilaporkan peningkatan dalam keupayaan diri mereka untuk hidup dengan cara yang mereka mahukan dan bahawa mereka merasa lebih banyak kuasa untuk mengendalikan kehidupan mereka, dan bukannya bergantung pada orang lain untuk kebahagiaan dan kepuasan dengan kehidupan mereka. Terdapat tiada laporan tentang sebarang risiko atau kesan negatif.

Kualiti bukti

Kebanyakan kajian ini dijalankan dengan baik dan mewakili bukti yang boleh dipercayai bahawa program-program pengurusan diri boleh memberi manfaat kepada penghidap strok yang hidup dalam masyarakat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information