Penggunaan kortikosteroid untuk rawatan bayi baru lahir yang menghidapi meningitis bakteria

Soalan ulasan Adakah penggunaan kortikosteroid membantu mengurangkan risiko kematian dan kemungkinan kesan perkembangan neuro dalam neonat dengan meningitis bakteria ?

 Latar Belakang:   Meningitis neonatal adalah punca biasa kematian dan menyebabkan kecacatan jangka masa panjang dalam kalangan kanak-kanak di mana-mana saja, terutamanya di negara-negara membangun. Dalam ulasan ini, kami menyiasat manfaat dan keselamatan kortikosteroid tambahan dalam rawatan meningitis neonatal.

Ciri-ciri Kajian: Kami telah mengenal pasti dua kajian untuk dimasukkan.

Keputusan: Kami mendapati bahawa memberi steroid kepada bayi yang menghidapi meningitis boleh mengurangkan bilangan kanak-kanak yang akan mati atau menjadi pekak dari penyakit ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan manfaat ini diperhatikan dalam satu kajian sehaja. Sehingga kini, ia kelihatan seolah-olah steroid tidak berguna dari segi mencegah kelewatan perkembangan. Kami tidak dapat membuat kesimpulan yang meluas pada masa ini, sebab bukti yang kami temui adalah terhad dan berkualiti rendah dan boleh berubah jika keputusan didapati dari hasil kajian yang lebih besar serta reka bentuk yang lebih baik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan