Tai Chi untuk mengelak penyakit kardiovaskular

Latar belakang

Penyakit kardiovaskular (CVD) adalah satu kumpulan keadaan yang memberi kesan kepada jantung dan saluran darah yang merupakan beban kesihatan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, adalah difikirkan bahawa risiko CVD boleh diturunkan dengan menukar beberapa tingkah laku termasuk meningkatkan tahap senaman dan istirehat untuk mengurangkan tahap tekanan, dan kedua-dua itu boleh terdiri daripada tai chi. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi tai chi untuk orang dewasa yang sihat dan orang dewasa berisiko tinggi CVD dalam mengurangkan kematian kardiovaskular, titik akhir bukan maut (seperti serangan jantung, angin ahmar dan angina), kematian semua sebab dan faktor-faktor risiko CVD.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data saintifik untuk ujian terkawal rawak (ujian klinikal di mana orang akan diagihkan secara rawak kepada salah satu daripada dua atau lebih rawatan) bagi melihat kesan tai chi ke atas orang dewasa berisiko tinggi untuk menghidap CVD. Kita tidak termasuk orang-orang yang sudah mempunyai CVD (cth: serangan jantung dan strok). Bukti adalah terkini hingga Disember 2013.

Hasil utama

Kami menemui 13 ujian, tiada seorang pun daripada mereka cukup besar atau tempoh cukup panjang untuk memeriksa kesan tai chi dalam mengurangkan kematian kardiovaskular atau hasil bukan merbahaya. Terdapat variasi dalam tempoh dan gaya tai chi dan susulan bentuk intervensi yang berlingkungan tiga hingga 12 bulan. Disebabkan oleh sebilangan kecil kajian jangka pendek dan perbezaan di antara mereka, kami tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada atau tidak tai chi adalah bermanfaat untuk mengurangkan risiko kardiovaskular dalam orang dewasa yang sihat dan orang dewasa yang pada peningkatan risiko CVD, walaupun kesan-kesan berfaedah atas faktor-faktor risiko CVD telah dilihat dalam beberapa kajian. Tiada satu pun kajian yang termasuk melaporkan mengenai peristiwa buruk. Ujian yang jangka panjang dan berkualiti tinggi amat diperlukan untuk menentukan keberkesanan tai chi untuk pencegahan CVD.

Kualiti bukti

Keputusan ulasan ini harus dilihat dengan berhati-hati kerana kajian-kajian adalah kecil, dalam tempoh yang singkat dan terdapat beberapa risiko unutk kecenderungan (di mana terdapatnya risiko untuk tiba pada kesimpulan yang salah kerana pilih kasih oleh peserta atau para penyelidik).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information