Yoga sebagai pilihan rawatan tambahan untuk penghidap asma

Latarbelakang

Asma adalah penyaki kronik biasa yang menjejaskan kira-kira 300 juta orang di seluruh dunia. Yoga, dimana popularitinya telah berkembang ke peringkat global, mempunyai potensi untuk melegakan beberapa masalah yang berkaitan dengan asma. Walau bagaimanapun, kesan yoga untuk asma perlu disahkan kerana penemuan yang tidak konsisten daripada kajian yang sedia ada.

Ciri-ciri kajian

Kami mengkaji semula15 kajian dengan 1048 peserta yang membandingkan kesan yoga dengan rawatan biasa atau 'sham' yoga (yoga palsu).

Keputusan

Kami mendapati yoga mungkin meningkatkan kualiti kehidupan dan gejala asma sedikit sebanyak. Walau bagaimanapun, keyakinan kami dalam keputusan adalah rendah kerana kebanyakan kajian tidak sempurna dari pelbagai segi. Kesan yoga pada fungsi paru-paru tidak konsisten, dan kami mendapati sedikit bukti yang menunjukkan bahawa yoga boleh mengurangkan penggunaan ubat-ubatan. Maklumat tentang kesan sampingan yang tidak diingini sangat terhad; lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai ini. Kajian berkualiti tinggi yang melibatkan sejumlah besar peserta dikehendaki untuk kita mendapat rumusan yang kukuh tentang kesan yoga untuk asma.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information