Fisioterapi dada untuk radang paru-paru untuk kanak-kanak

Soalan ulasan

Kami menilai bukti tentang apa-apa kesan jenis fisioterapi dada untuk kanak-kanak yang menghidapi pneumonia.

Latar belakang

Radang paru-paru adalah sejenis jangkitan paru-paru dan merupakan punca kematian paling umum dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun. Fisioterapi dada mungkin meningkatkan pemulihan kanak-kanak kerana fisioterapi dada boleh membuka saluran pernafasan dan membantu pernafasan.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 22 Februari 2018.

Ciri-ciri Kajian

Kami merangkumi enam kajian yang melibatkan 559 kanak-kanak dengan radang paru-paru yang berumur 29 hari sehingga 12 tahun. Ini adalah kemaskini ulasan terbitan 2013 dan merangkumi tiga kajian baru.

Kajian-kajian ini dijalankan di hospital di Bangladesh, Brazil, China, Mesir dan Afika Selatan.

Radang paru-paru telah diterangan sebagai sederhana hingga teruk dalam tiga kajian, tetapi tahap keterukan tidak diterangkan dalam tiga kajian. Semua kajian melibatkan kanak-kanak yang menerima fisioterapi dan kanak-kanak lain yang tidak. Semua kanak-kanak menerima rawatan medikal yang standard untuk radang paru-paru.

Kajian-kajian ini menilai kematian, tempoh dimasukkan ke hospital, tempoh untuk mendapat keputusan ujian (tiada tanda-tanda radang paru-paru), dan peristiwa buruk.

Sumber pembiayaan kajian

Empat kajian melaporkan sumber pendanaan (agensi kesihatan kanak-kanak, universiti, geran penyelidikan kerajaan), dan dua tidak melaporkan sumber pendanaan kajian.

Keputusan utama

Satu kajian melaporkan kekurangn kematian pada kanak-kanak yang mendapat tekanan salur udara positif berterusan (bCPAP). Teknik-teknik fisioterapi (bCPAP, saliran autogenik yang dibantu, dan fisioterapi dada konvensional) tidak dikaitkan dengan kedudukan di hospital yang lebih pendek. Dua kajian melaporkan peningkatan tahap oksigen dalam darah selepas fisioterapi dada (CPAP dan fisioterapi dada konvensional). Peningkatan kadar pernafasan tidak jelas diperhatikan selepas fisioterapi dada konvensional. Berdasarkan bukti-bukti yang tersedia, kami tidak dapat mengesahkan jika fisioterapi dada adalah bermanfaat atau tidak untuk kanak-kanak dengan radang paru-paru.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti keseluruhan bukti adalah rendah disebabkan oleh kaedah kajian dan reka bentuk yang tidak mencukupi, hasil yang berbeza di kalangan kajian, dan sedikit data.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo Hsiao Hui (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information