Diet tambahan untuk gout kronik

Apakah gout dan diet tambahan?

Gout adalah disebabkan oleh pembentukan kristal di sendi-sendi, akibat paras asid urik yang tinggi dalam darah. Orang akan mengalami serangan sendi yang sakit, panas dan bengkak, selalunya di ibu jari kaki. Sesetengah orang mengalami pengumpulan kristal di bawah kulit yang dikenali sebagai tophi. Ia boleh sembuh jika paras asid urik dalam darah kembali normal untuk tempoh yang lama, menyebabkan deposit kristal melarut.

Diet tambahan adalah persediaan, seperti vitamin, mineral penting, dan probiotik. Beberapa kajian menilai manfaatnya, sedikit menilai kesan sampingan yang berbahaya.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini ialah kemas kini ulasan asal, yang diterbitkan pada tahun 2014. Selepas mencari kesusasteraan perubatan sehingga Ogos 2020, kami tidak mendapati kajian baharu kali ini. Kami mengekalkan kedua-dua kajian daripada ulasan asal.

Satu kajian (120 peserta) membandingkan susu tepung skim diperkaya (dengan peptida yang dianggap mungkin ada kesan anti-radang) dengan susu skim standard, dan serbuk laktosa, untuk cuba kurangkan kekerapan serangan gout. Kajian kedua (40 peserta) membandingkan vitamin C dengan allopurinol - ubat yang biasa diguna untuk gout dalam usaha mengurangkan paras asid urik dalam darah. Kedua-dua kajian mendaftarkan orang dengan gout yang kebanyakannya lelaki pertengahan umur. Dalam kajian susu skim, peserta dilihat mengalami gout yang teruk, kerana mereka sering diserang, dan 20% hingga 43% mengalami tophi. Peserta dalam kajian vitamin C kelihatan sama dengan orang biasa yang ada gout.

Keputusan utama - apa yang berlaku kepada orang dengan gout yang mengambil susu skim yang diperkaya?

Serangan gout

Orang yang minum susu tepung skim diperkaya selama tiga bulan mempunyai 0.21 kurang serangan gout sebulan (dari 0.76 kurang kepada 0.34 lebih), atau 2.5 kurang serangan gout setiap tahun:

Mereka yang minum susu tepung skim yang diperkaya mempunyai 0.49 serangan gout sebulan (atau enam serangan gout setiap tahun).

Mereka yang minum susu tepung skim standard yang atau laktosa mempunyai 0.70 serangan gout sebulan (atau lapan serangan gout setiap tahun).

Menarik diri akibat kesan-kesan tidak diingini

Lebih empat orang daripada 100 yang minum susu tepung skim diperkaya menghentikan penambahan selama tiga bulan (lebih 4% menarik).

- 18 daripada 100 orang berhenti mengambil serbuk susu skim yang diperkaya.

- 14 daripada 100 orang berhenti minum susu tepung skim standard atau laktosa.

Bilangan kejadian buruk

Orang yang minum susu tepung skim diperkaya selama tiga bulan mengalami kurang kejadian buruk (1% kurang kejadian buruk)

- 47 daripada 100 orang yang minum susu tepung skim diperkaya mengalami kesan buruk.

- 48 daripada 100 orang yang minum susu tepung skim standard atau laktosa mengalami kesan buruk.

Kesan ke atas paras asid urik serum, sakit sendi, dan penilaian keseluruhan oleh peserta adalah tidak pasti. Kesan ke atas kehilangan tophus tidak diukur.

Apa yang berlaku kepada orang dengan gout yang mengambil vitamin C?

Paras asid urik serum

- Orang yang mengambil vitamin C menunjukkan pengurangan paras asid urik serum sebanyak 0.014 mmol/L selepas lapan minggu (atau pengurangan 2.8%)

- Orang yang mengambil vitamin C menunjukkan pengurangan paras asid urik serum sebanyak 0.118 mmol/L selepas lapan minggu (atau pengurangan 23.6%).

Tiada laporan kesan sampingan atau penarikan diri akibat kesan sampingan dalam kumpulan vitamin C atau kumpulan rawatan allopurinol.

Kesan vitamin C terhadap serangan gout, pengurangan sakit, penilaian keseluruhan oleh peserta, dan kehilangan tophus tidak diukur.

Kualiti bukti

Secara keseluruhan, kami temui bukti berkualiti rendah. Kami kurangkan kualiti bukti kerana kajian dijalankan dan dilaporkan dengan buruk, saiz sampel adalah kecil, dan keputusan mencadangkan kedua-dua manfaat dan mudarat untuk kebanyakan hasil. Kualiti bukti yang diperkaya dibanding dengan susu skim standard atau serbuk laktosa, kekerapan serangan gout tidak berkurang dan mungkin tidak memperbaik paras asid urik, tetapi boleh mengurangkan sakit. Penyelidikan lanjut mungkin mengubah anggaran ini. Kami tiada maklumat tepat tentang kesan sampingan dan komplikasi, tetapi kesan sampingan yang mungkin termasuklah loya, kembung atau cirit-birit.

Berbanding ubat yang biasa digunakan allopurinol, bukti berkualiti rendah daripada satu kajian menunjukkan vitamin C mengurangkan paras asid urik serum; perbezaan itu mungkin tidak penting secara klinikal. Manfaat-manfaat lain daripada vitamin C adalah tidak pasti kerana ia tidak dinilai dalam kajian. Tiada kesan sampingan dilaporkan. Penyelidikan lanjut mungkin mengubah anggaran ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Univerisiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information