Adakah mengubah dos kortikosteroid sedutan menyebabkan perbezaan dalam pertumbuhan dalam kalangan kanak-kanak dengan asma?

Latar belakang

Garis panduan asma mengesyorkan kortikosteroid sedutan (ICS) sebagai pilihan pertama dalam rawatan untuk kanak-kanak dengan asma yang berterusan yang tidak dikawal dengan baik apabila hanya satu alat sedut pelega digunakan untuk merawat gejala. Steroid bertindak dengan mengurangkan radang dalam paru-paru dan dikenali untuk mengawal gejala asma. Walau bagaimanapun, ibu bapa dan doktor bimbang tentang kesan negatif ICS yang berpotensi terhadap pertumbuhan.

Soalan ulasan

Adakah mengubah dos kortikosteroid sedutan mengakibatkan perbezaan dalam pertumbuhan kanak-kanak dengan asma?

Apakah bukit yang kami perolehi?

Kami telah mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang boleh dilihat dalam pertumbuhan kanak-kanak dengan asma yang berterusan dengan menggunakan dos yang berbeza terhadap molekul ICS yang sama dan penghantaran peranti yang sama. Kami mendapati 22 kajian yang layak, tetapi hanya 10 daripada kajian tersebut mengukur pertumbuhan atau kayu ukur lain yang menarik. Secara keseluruhan, 3394 kanak-kanak yang termasuk dalam kajian menggabungkan 17 perbandingan kumpulan (iaitu 17 pasang kumpulan kanak-kanak yang ringan hingga sederhana asma menggunakan dos dan jenis steroid tertentu dalam 10 ujikaji). Ujikaji yang menggunakan molekul ICS yang berbeza (Beclomethasone, budesonide, ciclesonide, fluticasone atau mometasone) sama ada dengan sendiri atau dalam kombinasi dengan agonis beta2 yang bertindak lama (sejenis ubat yang digunakan untuk membuka saluran pernafasan) dan umumnya dos yang rendah berbanding dengan kortikosteroid (50 hingga 100 μg) dengan dos kortikosteroid yang rendah kepada sederhana (200 μg) (ditukar di dalam μg bersamaan dengan HFA-Beclomethasone) lebih 12 ke 52 minggu.

Keputusan

Kami mendapati terdapat perbezaan kumpulan yang kecil tetapi statistik yang ketara dalam pertumbuhan lebih 12 bulan antara dos yang berbeza dan ia jelas memihak dos ICS yang lebih rendah. Jenis kortikosteroid antara molekul yang lebih baru (ciclesonide, fluticasone, mometasone) seolah-olah tidak mempengaruhi kesan ke atas pertumbuhan lebih daripada satu tahun. Perbezaan dalam dos kortikosteroid seolah-olah tidak memberi kesan terhadap perubahan dalam ketinggian, kenaikan berat badan, kenaikan indeks jisim badan dan kematangan tulang.

Kualiti bukti

Ulasan ini adalah berdasarkan kepada sebilangan kecil ujikaji yang melaporkan data dan dijalankan ke atas kanak-kanak dengan asma yang mempunyai tahap rendah hingga sederhana. Hanya 10 daripada 22 kajian yang mengukur beberapa hasil yang menarik untuk ulasan ini, dan hanya empat perbandingan yang melaporkan pertumbuhan lebih daripada 12 bulan. Keyakinan kami terhadap kualiti bukti adalah tinggi untuk hasil ini, walau bagaimanapun, ia adalah rendah hingga sederhana untuk beberapa hasil yang lain, bergantung kepada bilangan ujikaji yang melaporkan hasil ini. Tambahan pula, beberapa hasil hanya dilaporkan dalam satu kajian; disebabkan oleh penemuan ini belum disahkan oleh kajian lain, kami menurunkan kualiti bukti untuk hasil ini ke kualiti yang rendah. Bilangan ujikaji yang tidak mencukupi telah membandingkan kesan perbezaan yang lebih besar dalam dos, sebagai contoh, antara dos yang tinggi dan dos yang rendah ICS dan molekul lain yang popular seperti budesonide dan beclomethasone atas setahun atau lebih rawatan.

Kesimpulan

Kami melaporkan pengurangan ICS dos yang bergantung kepada kelajuan pertumbuhan pada pra-matang kanak-kanak umur sekolah yang rendah hingga sederhana asma. Pilihan ICS molekul (mometasone, ciclesonide atau fluticasone) didapati tidak memberi kesan terhadap respon kelajuan tahap pertumbuhan selepas setahun. Kesan kortikosteroid terhadap pertumbuhan tidak dilaporkan secara konsisten: antara 22 kajian yang layak, hanya empat perbandingan yang melaporkan kesan kortikosteroid terhadap pertumbuhan lebih daripada satu tahun. Berikutan kebimbangan ibu bapa 'dan doktor', laporan yang tidak lengkap atau kekurangan terhadap pertumbuhan adalah perkara yang membimbangkan diberikan kepentingan topik. Kami mengesyorkan bahawa pertumbuhan secara sistematik yang dilaporkan dalam semua ujikaji yang melibatkan kanak-kanak mengambil ICS selama tiga bulan atau lebih. Sehingga adanya maklumat lanjut yang membandingkan dos ICS yang rendah hingga tinggi dan tempoh kajian yang lebih lama, kami mencadangkan bahawa dos ICS berkesan yang paling minimum harus digunakan dalam semua kanak-kanak dengan asma.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save