Desmopressin acetate (DDAVP) untuk mencegah dan merawat pendarahan akut semasa mengandung dalam kalangan wanita dengan kecelaruan pendarahan kongenital

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti-bukti atas kesan dan keselamatan desmopressin acetate dalam mencegah dan merawat pendarahan akut wanita hamil dengan kecelaruan pendarahan kongenital.

Latar belakang

Kecelaruan pendarahan kongenital menyebabkan masalah pendarahan semasa kehamilan, pelahiran dan penghantaran. Komplikasi pendarahan di kalangan wanita dengan kecelaruan pendarahan kongenital adalah salah satu punca penting kepada penyakit dan kematian yang dikaitkan dengan kelahiran anak. Ejen-ejen untuk menghentikan aliran darah adalah digunakan untuk wanita dengan kecelaruan pendarahan semasa mengandung. Desmopressin acetate adalah sejenis ubat yang digunakan untuk meningkatkan kepekatan faktor VIII di dalam darah dengan berkesan dan meningkatkan berkumpulan platlet untuk menghentikan pendarahan. Ia bukan daripada plasma manusia dan ia tidak membawa risiko jangkitan. Ia mungkin menjadi sumber yang berharga untuk pesakit dengan von Willebrand, haemophilia A atau kecelaruan platlet kongenital dalam mencegah dan merawat episod pendarahan yang berkaitan dengan kehamilan.

Tarikh carian

Bukti-bukti adalah terkini setakat 18 Jun 2015.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak dapat mencari sebarang kajian rawak terkawal yang menilai desmopressin acetate dalam wanita berkumpulan ini.

Keputusan utama

Tiada kajian yang terdapat untuk dimasukkan ke dalam ulasan. Dengan pertimbangan etika, kajian rawak terkawal pada masa hadapan adalah tidak mungkin. Bukti adalah diperlukan untuk menunjukkan risiko-risiko dan faedah-faedah desmopressin acetate apabila digunakan untuk mencegah dan merawat pendarahan semasa kehamilan dalam kalangan wanita dengan kecelaruan pendarahan kongenital. Walaupun terdapat bukti-bukti daripada kajian pemerhatian yang menunjukkan ubat ini adalah berkesan dalam berhenti dan mencegah pendarahan, kami menyimpulkan bahawa masih terdapat keperluan untuk menjana bukti terkawal lain yang berkualiti tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Lee.PeiYee@student.imu.edu.my

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan