Pemindahan darah untuk anemia di kalangan pesakit yang mempunyai kanser maju

Ramai pesakit yang dimasukkan ke hospis mengalami anemia tetapi hanya sebahagian kecil yang menerima pemindahan darah. Dua daripada gejala-gejala utama anemia adalah keletihan dan kesesakan nafas. Ulasan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pemindahan darah adalah rawatan yang berguna untuk pesakit dengan kanser maju yang mengalami anemia. Kami hanya mengenal pasti 12 kajian yang relevan tetapi semua itu berkualiti rendah. Mereka menyatakan bahawa keletihan dan kesesakan nafas bertambah baik serta-merta selepas pemindahan darah tetapi kesannya mula berkurangan selepas tempoh dua minggu. Daripada mereka yang menerima pemindahan darah, 31% hingga 70% mempunyai manfaat sementara yang berlangsung kira-kira dua minggu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information