Teh hijau dalam mengurangkan serta mengawal berat badan orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan atau obese.

Teh hijau telah lama digunakan untuk pelbagai kegunaan, salah satunya untuk membantu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengurangkan serta mengekalkan pengurangan berat badan. Dipercayai mampu meningkatkan penggunaan tenaga seseorang, persediaan teh hijau untuk pengurangan berat badan ialah ekstrak teh hijau yang mempunyai konsentrasi catechins dan kafein yang lebih tinggi berbanding hidangan teh hijau yang biasanya disediakan dari satu uncang teh dan juga air yang mendidih. Sorotan tinjauan ini merangkumi 15 kajian mengenai pengurangan berat badan dan tiga kajian yang mengukur keseimbangan berat badan di mana beberapa jenis persediaan teh hijau diberi kepada satu kumpulan dan keputusan dibandingkan dengan kumpulan kontrol yang tidak mendapat teh hijau. Tiada kumpulan yang tahu sama ada mereka mendapat persediaan teh hijau atau kontrol. Sejumlah 1945 peserta menghabiskan kajian itu, yang mengambil masa antara 12 ke 13 minggu. Secara ringkasnya, pengurangan berat badan dalam orang dewasa yang mengambil persediaan teh hijau secara statistiknya tidak signifikan, amat kecil dan kemungkinan todak penting dari segi klinikal. Keputusan yang serupa turut ditemui dalam kajian yang menggunakan cara lain untuk mengukur pengurangan berat badan (indeks jisim tubuh, ukuran lilitan pinggang) Kajian-kajian yang memeriksa kesan persediaan teh hijau keatas pengawalan berat badan tidak menunjukkan sebarang kebaikan berbanding penggunaan persediaan kontrol.

Kebanyakan kesan sampingan seperti loya, sembelit, ketidakselesaan abdomen serta kenaikan tekanan darah, dinilai diantara ringan ke sederhana dan tidak mempunyai kaitan dengan teh hijau atau intervensi kontrol. Tiada kematian dilaporkan walaupun kesan sampingan memerlukan kemasukan ke hospital. Satu kajian cuba untuk melihat ke kualiti hidup berdasarkan kesihatan dengan bertanya kepada peserta tentang sikap mereka terhadap pemakanan. Sembilan kajian cuba mengesan pematuhan peserta terhadap persediaan teh hijau. Kajian tidak termasuk sebarang maklumat mengenai kesan persediaan teh hijau terhadap morbiditi, kos mahupun kepuasan pesakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Yassin Ikbaal (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Lai Nai Ming, Taylor's University School of Medicine. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi yassin9221@yahoo.com. 

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan