Antibiotik untuk merawat taun

Penyelidik Cochrane Collaboration telah menjalankan ulasan ke atas kesan antibiotik untuk merawat penghidap taun. Selepas mencari ujian berkenaan, mereka melibatkan 39 ujian terkawal rawak yang telah mendaftar sebanyak 4623 penghidap taun.

Apakah taun dan bagaimana antibiotik mungkin berfungsi

Taun adalah satu bentuk cirit-birit berair yang teruk, yang merebak dari seorang ke seorang melalui makanan atau air yang dicemari dengan bakteria Vibrio cholerae.Taun adalah perkara biasa di tempat-tempat berair yang kurang baik dengan kebersihan, dan kadang-kadang menyebabkan wabak yang besar dengan beribu-ribu orang yang jatuh sakit.

Taun boleh menyebabkan dehidrasi yang teruk dan kematian, jadi rawatan yang utama adalah untuk memberikan cecair dan garam sama ada secara lisan sebagai garam air rehidrasi, atau melalui suntikan. Dengan penyingkiran bakteria lebih awal daripada sistem imun pesakit sendiri, antibiotik dapat mengurangkan tempoh dan tahap keterukan penyakit, dan mengurangkan penghantaran seterusnya kepada orang lain.

Apa yang dikatakan oleh penyelidikan

Rawatan antibiotik memendekkan tempoh cirit-birit dengan kira-kira satu setengah hari (tempoh lazim adalah antara tiga dan empat hari), dan mengurangkan separuh jumlah cecair cirit-birit. Oleh yang demikian, keperluan untuk air rehidrasi juga dikurangkan hampir separuh.

Rawatan antibiotik juga memendekkan tempoh masa di mana pesakit tetap berjangkit dengan mengurangkan tempoh perkumuhan Vibrio cholerae dalam cirit-birit tersebut.

Manfaat daripada antibiotik dilihat dalam ujian yang merekrut orang dengan dehidrasi yang teruk sahaja, dan dalam orang-orang direkrut tersebut dengan tahap dehidrasi yang campuran.

Tetracycline atau azithromycin kelihatan lebih berkesan daripada sesetengah antibiotik lain yang diuji, tetapi pilihan antibiotik yang digunakan bergantung kepada ketahanan ubat-ubatan tempatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information