Penjagaan kulit ke kulit dengan bayi yang baru lahir mengurangkan kesakitan prosedur

Soalan kajian: Adakah penjagaan kulit-ke-kulit berkesan dalam mengurangkan kesakitan daripada prosedur pada bayi yang baru lahir? Adakah terdapat apa-apa isu keselamatan?

Latarbelakang Bayi baru lahir yang memakai lampin sahaja and diletakkan ke atas dada ibu yang terdedah, dirujuk sebagai sentuhan kulit-ke-kulit dan kekadang dikenali sebagai Jagaan Kangaroo kerana persamaaan dengan cara ibu kangaroo menjaga anak mereka. Bayi baru lahir, khasnya mereka yang berada di Unit Rawatan Intensif Neonatal, mesti menjalani beberapa ujian dan prosidur sebagai penjagaan untuk mereka seperti cucukan tumit (heel stick), punktur vena dan suntikan. Pemberian ubatan tahan sakit untuk prosidur-prosidur ini biasanya menyebabkan masalah, maka alternatif kepada ubatan perlu dijumpai.

Ciri-ciri kajian : Dua puluh lapan kajian di mana bayi yang baru lahir yang berada secara kebetulan di dalam kumpulan atau keadaan penjagaan kangaroo dari carian meluas kesusasteraan dimasukkan. Penjagaan kulit ke kulit telah ditakrifkan dengan jelas dan telah dibandingkan dengan tiada strategi mengurangkan sakit atau strategi lain yang mengurangkan sakit seperti rasa manis. Kajian yang telah diperiksa mengkaji tanda-tanda mantap kesakitan kedua-dua fisiologi dan kelakuan, dan juga gabungan tanda-tanda fisiologi dan kelakuan. Pemberi penjagaan kulit-ke-kulit berbeza selain daripada ibu dimasukkan.

Keputusan utama: Penjagaan kangaroo nampaknya mengurangkan respons kesakitan kepada, dan pemulihan dari, prosedur yang kerap, walaupun hanya beberapa kajian boleh digabungkan untuk memberi bukti yang kukuh. Sejauh mana yang dilaporkan, penjagaan kulit ke kulit adalah selamat. Walaupun ternyata bahawa penjagaan kulit ke kulit berkesan, saiz manfaatnya masih tidak menentu.

Kualiti bukti: Kualiti keterangan dalam kajian ini secara amnya adalah rendah untuk respons kepada prosedur sebenar tetapi adalah sederhana untuk pemulihan dari prosedur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Dikemaskini oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information