Latihan berasaskan air untuk meningkatkan aktiviti kehidupan harian selepas strok

Ramai orang yang menghidapi angin ahmar mempunyai aktiviti kehidupan harian yang terhad dan mengurangkan ketidakupayaan merupakan salah satu matlamat utama pemulihan. Latihan berasaskan air digunakan dalam pemulihan dan mungkin membantu mengurangkan ketidakupayaan selepas strok. Empat kajian dalam sorotan ini, yang melibatkan 94 peserta, mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk menentukan sama ada latihan berasaskan air boleh mengurangkan ketidakupayaan selepas strok. Terdapat kekurangan bukti yang kuat bagi latihan berasaskan air selepas strok. Lebih banyak kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information