Satu ulasan berkenaan cara penjagaan kesihatan yang profesional boleh meningkatkan penggunaan ubat-ubatan yang sesuai untuk orang tua

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui jenis pendekatan yang boleh meningkatkan penggunaan ubat-ubatan yang sesuai dalam kalangan orang tua. Para penyelidik mengumpulkan dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan memasukkan 32 kajian dalam ulasan.

Mesej-mesej utama

Mengambil ubat-ubatan untuk merawat simptom penyakit kronik dan untuk mengelakkan penyakit menjadi semakin teruk adalah perkara biasa dalam orang yang lebih tua. Namun, mengambil terlalu banyak ubat-ubatan boleh menyebabkan kemudaratan.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Ulasan ini mengkaji kajian-kajian berkenaan penjagaan kesihatan profesional yang telah mengambil tindakan untuk memastikan bahawa orang yang lebih tua akan menerima ubat-ubatan yang paling berkesan dan paling selamat untuk penyakit mereka. Tindakan yang diambil termasuk menyediakan perkhidmatan, yang dikenali sebagai penjagaan farmaseutikal, yang melibatkan mempromosikan penggunaan ubat yang betul dengan mengenal pasti, mencegah dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ubat. Satu lagi strategi yang kami minat ialah penggunaan sokongan keputusan berkomputer, yang melibatkan program di komputer doktor yang membantu pemilihan rawatan yang sesuai.

Apakah keputusan utama ulasan?

Ulasan penulis mendapati 32 kajian yang berkaitan dari 12 negara yang melibatkan 28,672 orang yang lebih tua. Kajian-kajian ini membandingkan intervensi yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan ubat yang sesuai dengan penjagaan yang biasa. Tidak dapat dipastikan sama ada intervensi dapat meningkatkan kesesuaian ubat-ubatan (berdasarkan skor yang diberikan oleh pertimbangan profesional pakar), mengurangkan bilangan ubat-ubatan yang tidak sesuai (ubat-ubatan di mana kemudaratan melebihi manfaat), mengurangkan perkadaran pesakit dengan satu atau lebih berpotensi ubat-ubatan yang tidak sesuai, atau mengurangkan perkadaran pesakit dengan satu atau lebih kelalaian mempreskrib yang berkemungkinan (kes di mana ubat yang berguna tidak ditetapkan) kerana kepastian bukti adalah sangat rendah. Intervensi mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kemasukan ke hospital atau kualiti hidup, walaubagaimanapun, intervensi mungkin sedikit mengurangkan jumlah potensi kelalaian mempreskrib.

Adakah ulasan ini terkini?

Penulis ulasan mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga Februari 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com