Graf tulang sekunder untuk rekahan alveolar dalam kalangan kanak-kanak rekahan bibir atau rekahan bibir dan lelangit.

Rekahan alveolar adalah kecacatan tulang pada gusi di dalam mulut yang melibatkan hampir 75% pesakit rekahan bibir dan lelangit. Kegagalan untuk memperbaiki kecacatan ini akan mendatangkan banyak masalah. Walaupun graf tulang alveolar telah diterima pakai dengan meluas oleh profesional dalam penjagaan rekahan, masih terdapat kontroversi tentang teknik, masa, bahagian tubuh di mana tulang diambil dan sama ada penggantian tulang tiruan memberi manfaat. Satu persoalan ialah sama ada jenis bahan graf iaitu penggunaan bahan tulang tiruan sahaja mungkin mempunyai kejayaan yang sama berbanding tulang yang diambil secara tradisional dari pinggul apabila dinilai secara klinikal, dengan imej radiograf dan dalam aspek mengurangkan masalah di kawasan pembedahan.

Ulasan ini mendapati terdapat dua kajian, satu kajian membandingkan antara graf menggunakan bahan baharu dengan graf tradisional, satu lagi kajian melihat manfaat mengaplikasi sejenis gam khas kepada graf. . Kedua-dua kajian ini dianggap berkualiti rendah, oleh itu tiada rumusan yang boleh dicapai sama ada kedua-dua teknik baharu ini lebih baik daripada graf tradisional.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Boniami Yazid (Hospital Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save