Gabapentin untuk sakit neuropatik kronik and mialgia otot dalam kalangan dewasa

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Sakit neuropatik adalah sakit yang berpunca dari kecederaan saraf. Ia berbeza daripada mesej sakit yang dibawa oleh saraf yang sihat daripada tisu tercedera (jatuh, luka atau lutut artritik). Sakit neuropatik dirawat dengan pelbagai ubat yang berbeza dengan ubat untuk tisu tercedera. Ubat-ubat seperti parasetamol atau ibuprofen tidak berkesan untuk sakit neuropatik, manakala ubat-ubat yang kadangkala diguna untuk merawat kemurungan atau epilepsi boleh menjadi amat berkesan bagi sesetengah orang dengan sakit neuropatik. Kefahaman kami tentang mialgia otot (satu keadaan berterusan, sakit meluas, masalah tidur dan keletihan) adalah kurang, namun mialgia otot boleh dirawat dengan ubat-ubat yang sama bagi sakit neuropatik.

Gabapentin dibangunkan untuk merawat epilepsi, tetapi ia kini digunakan untuk merawat pelbagai jenis sakit kronik. Pada 17 Mac 2014 kami melakukan carian kajian klinikal di mana gabapentin digunakan untuk merawat sakit neuropatik atau mialgia otot. Kami mendapati 5633 peserta telah terlibat dalam 37 kajian yang kualitinya munasabah. Kajian-kajian tersebut menguji gabapentin berbanding plasebo selama empat minggu atau lebih. Kajian yang bertempoh hanya satu atau dua minggu tidak membantu kerana sakit boleh bertahan bertahun-tahun.

Hanya dua keadaan yang mempunyai jumlah data yang berguna - neuralgia postherpetik (sakit kronik selepas kayap) dan sakit akibat neuropati diabetik (kerosakan saraf akibat diabetes). Gabapentin telah membantu 3 atau 4 orang dalam 10 dengan mengurangkan kesakitan sekurang-kurangnya separuh, manakala plasebo hanya 2 dalam 10 orang mempunyai keputusan begini.

Dengan gabapentin 6 orang dalam 10 boleh mengalami beberapa peristiwa buruk, termasuk pening (2 dalam 10); mengantuk (1 atau 2 dalam 10), edema periferi (1 dalam 10), dan gangguan gaya jalan (1 dalam 10). Peristiwa buruk serius (1 dalam 33) adalah tidak lebih lazim dengan plasebo. Satu orang dalam 10 menarik diri kerana peristiwa buruk. Orang yang mengambil gabapentin boleh mengalami sekurang-kurangnya satu peristiwa buruk (6 dalam 10), atau berhenti mengambil gabapentin kerana satu peristiwa buruk (kira-kira 1 dalam 10).

Gabapentin amat berguna untuk sesetengah orang yang mengalami nyeri neuropatik atau nyeri otok. Namun demikian, kami tidak mungkin akan mengetahui siapa yang boleh bermanfaat daripada ubat ini dan siapa yang tidak. Pengetahuan yang kami dapat kini bercadang bahawa kajian singkat merupakan cara terbaik untuk menentukan kesesuaian gabapentin dalam kalangan pesakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Phang Yee Lin (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Phang.YeeLin@student.imu.edu.my.

Berkongsi/Menyimpan