Adenoidektomi untuk penyakit telinga tengah yang kronik atau berulang dalam kalangan kanak-kanak

Kedua-dua penyakit jangkitan telinga tengah akut dan kronik (otitis media akut dan otitis media berefusi kronik atau telinga rekat) amat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Adenoidektomi adalah prosedur surgikal untuk membuang adenoid-adenoid dan ia sering dilakukan terhadap kanak-kanak ini kerana dianggap boleh mencegah masalah-masalah.

Ulasan kami, yang merangkumi 14 kajian dan 2712 kanak-kanak, menunjukkan bahawa adenoidektomi berkesan dalam menyingkirkan cecair di telinga tengah tetapi tidak mempunyai kesan yang besar terhadap otitis media akut atau tahap pendengaran kanak-kanak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Afiq Mohd Slim (Northern Ireland Medical and Dental Training Agency) (NIMDTA). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi chain1993@yahoo.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Tools
Information
Share/Save