Adakah penggunaan ubat gigi berfluorida semasa peringkat awal kanak-kanak dikaitkan dengan perubahan warna/belak gigi?

Terdapat bukti yang kukuh tentang penggunaan ubat gigi yang mengandungi fluorida boleh mencegah kerosakan gigi (karies) dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun, kesan buruk yang mungkin terjadi berkaitan dengan penggunaan ubat gigi berfluorida adalah belak gigi yang kekal akibat tertelan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak kecil yang mana gigi sedang membentuk. Fluorosis gigi ini boleh berbentuk tompok-tompok putih yang kurang ketara pada gigi hingga belak yang teruk berwarna perang pada gigi. Matlamat ulasan ini adalah untuk menilai sama ada penggunaan ubat gigi berfluorida oleh kanak-kanak dikaitkan dengan peningkatan risiko membentuk fluorosis gigi dalam kalangan kanak-kanak. Ulasan ini memasukkan 25 kajian pelbagai reka bentuk, sesetengah memberi bukti yang lebih kukuh dari yang lain. Terdapat sedikit bukti bahawa memberus gigi kanak-kanak sebelum umur 12 tahun dengan ubat gigi berfluorida, mungkin berkait dengan peningkatan risiko menbentuk fluorosis. Terdapat bukti yang lebih kuat bahawa paras fluorida yang lebih tinggi (1000 bahagian per juta (bpj) atau lebih) dalam ubat gigi dikaitkan dengan peningkatan risiko fluorosis apabila diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 5 hingga 6 tahun. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah kanak-kanak (yang dianggap berisiko tinggi untuk kerosakan gigi oleh doktor gigi), manfaat kesihatan bagi pencegahan kerosakan melebihi risiko fluorosis. Dalam keadaan demikian, memberus dengan teliti oleh ibubapa/orang dewasa dengan uat gigi yang mengandungi paras fluorida yang lebih tinggi adalah berfaedah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information