Penggunaan berulang ubat hormon yang sebelum atau selepas persetubuhan untuk mencegah kehamilan

Pada masa ini, tiada kaedah kawalan kelahiran oral diluluskan untuk digunakan hanya apabila diperlukan, iaitu, pada masa hubungan seks. Walau bagaimanapun, ramai wanita mungkin mahu menggunakan kaedah sedemikian. Ulasan kami melihat kajian tentang pelbagai ubat-ubatan yang diambil di sekitar hubungan seks untuk mengetahui cara ubat-ubatan berfungsi untuk mencegah kehamilan. Kami juga menilai keselamatan ubat dan sama ada wanita menyukainya.

Kami menjalankan carian komputer sehingga 1 September 2014 untuk mencari kajian yang relevan dalam sebarang bahasa. Untuk ulasan awal, kami juga menulis kepada penyelidik untuk mencari kajian-kajian lain. Kami menilai kualiti kaedah penyelidikan dalam kajian-kajian tersebut. Kami menggunakan Indeks Mutiara untuk menganggarkan kesannya. Indeks Mutiara adalah jumlah kehamilan untuk setiap 100 tahun penggunaan pil.

Kami menjumpai 22 kajian sejak 40 tahun lalu. Kajian-kajian tersebut melibatkan sejumlah 12,400 wanita di Eropah, Asia, dan Amerika. Lima belas kajian mengkaji pelbagai dos hormon levonorgestrel dan tujuh kajian melihat hormon-hormon lain. Kajian-kajian ini menunjukkan menggunakan beberapa hormon sebelum atau selepas seks dapat mencegah kehamilan. Levonorgestrel dilihat berkesan, dan selamat dan diterima oleh ribuan wanita dalam beberapa kajian besar. Kesan sampingan yang lazim adalah masalah pendarahan haid. Walau bagaimanapun, masalah pendarahan seperti itu tidak selalu berkaitan dengan kekerapan wanita mengambil pil atau jumlah dos ubat.

Kebanyakan kajian adalah lama dan banyak laporan adalah tidak lengkap. Walau bagaimanapun, data adalah berkualiti sederhana kerana ramainya bilangan wanita dalam kajian-kajian tersebut, kadar kehamilan yang rendah, dan keputusan yang konsisten. Kami tidak pasti sama ada menggunakan levonorgestrel berulang di sekitar masa hubungan seks adalah kaedah kawalan kelahiran yang baik dan selamat. Lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi diperlukan untuk menjawab soalan tersebut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information