Antibiotik intrapartum untuk ibu yang dikenalpasti dengan pengkolonian streptococcal Kumpulan B

Wanita, lelaki dan kanak-kanak daripada semua peringkat umur boleh dikolonisasi oleh streptococcus Kumpulan B (GBS) bakteria tanpa mempunyai apa-apa gejala. Streptococcus Kumpulan B terutamanya didapati di dalam saluran gastrousus, vagina dan uretra. Ini adalah situasi di kedua-dua negara maju dan membangun. Kira-kira satu dalam 2000 bayi yang baru lahir mempunyai jangkitan bakteria GBS, biasanya terbukti sebagai penyakit pernafasan, sepsis umum, atau meningitis dalam tempoh minggu pertama. Bayi itu mendapat jangkitan daripada ibu semasa proses bersalin. Memberi ibu antibiotik terus ke dalam vena semasa proses bersalin menyebabkan bilangan bakteria kurang dengan cepat, yang menunjukkan faedah tetapi wanita hamil perlu diperiksa. Banyak negara mempunyai garis panduan mengenai pengujian GBS masa mengandung dan rawatan dengan antibiotik. Beberapa faktor risiko untuk bayi yang terlibat ialah pramatang dan berat kelahiran yang rendah; proses bersalin yang berpanjangan; pecah membran yang berpanjangan (lebih daripada 12 jam); perubahan yang teruk dalam kadar jantung janin semasa peringkat pertama proses bersalin; dan kencing manis semasa mengandung. Hanya sedikit wanita dalam proses bersalin mempunyai jangkitan GBS melahirkan bayi yang dijangkiti GBS dan antibiotik boleh memberi kesan yang berbahaya seperti reaksi alahan yang teruk pada ibu , peningkatan dalam organisma menentang ubat dan pendedahan bayi yang baru lahir kepada bakteria penentang, dan jangkitan yis selepas bersalin pada ibu dan neonatal.

Ulasan ini mendapati bahawa pemberian antibiotik tidak disokong oleh bukti kukuh. Ulasan ini mengenalpasti empat kajian yang melibatkan 852 wanita yang GBS positif. Tiga kajian, yang berusia lebih daripada 20 tahun, berbanding ampicillin atau penisilin untuk tiada rawatan dan mendapati tiada perbezaan yang jelas dalam kematian bayi baru lahir walaupun berlakunya jangkitan awal GBS pada bayi yang baru lahir telah dikurangkan dengan antibiotik. Antibiotik ampicillin dan penisilin tidak berbeza antara satu sama lain dalam satu kajian dengan 352 wanita yang GBS positif. Semua kes-kes jangkitan GBS perinatal tidak mungkin dicegahkan walaupun dibuat vaksin yang berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information