Ubat anti-radang bukan steroid topikal untuk sakit otot akut di kalangan orang dewasa

Sakit otot akut adalah keadaan dimana otot sakit disebabkan kecederaan kecil yang mengejut seperti buku lali terseliuh atau ketegangan otot. Keadaan ini akan beransur pulih dalam masa dua atau tiga minggu tanpa rawatan, tetapi ia boleh menjadi sangat sakit sewaktu prosess pemulihan.

Ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) topikal seperti gel, krim, semburan, atau plaster disapu pada tempat yang sakit, bukan pada kulit yang terbuka. NSAID topikal menembusi kulit, memasuki tisu atau sendi, dan mengurangkan proses yang menyebabkan kesakitan dalam tisu. Dengan topikal NSAID kandungan ubat ini didalam darah adalah jauh lebih rendah berbanding dengan ubat yang sama jika dimakan. Ini dapat mengurangkan risiko kesan yang berbahaya.

Kami telah mencari pangkalan data perubatan ujian klinikal yang membandingkan topikal NSAID dengan plasebo (krim atau gel yang tidak mengandungi ubat) atau ubat lain di kalangan orang dewasa yang berumur 16 tahun atau lebih dengan sakit otot (biasanya kecederaan disebabkan oleh sukan). Bukti ini adalah daripada Februari 2015 sehingga kini.

Ulasan ini adalah satu pengemaskinian dari 'Topikal NSAID untuk sakit akut di kalangan orang dewasa' yang asalnya diterbitkan dalam Isu 6, 2010. Kami telah mengenal pasti 14 kajian yang baru sebagai tambahan kepada 47 kajian sebelum ini. Kami juga mengenal pasti 14 kajian di pejabat pendaftaran kajian klinikal yang telah siap dan tiga laporan singkat dari mesyuarat, di mana kita tidak dapat mencari maklumat penuh (kira-kira 4500 peserta). Terdapat tiga kajian yang sedang dijalankan sekarang (hampir 900 peserta).

61 kajian termasuk yang melibatkan 8386 peserta, secara amnya adalah kajian yang berkualiti tinggi. Mereka diuji dengan beberapa ubat topikal yang berbeza, kebanyakannya membandingkan terhadap plasebo topikal (tanpa NSAID), dengan aplikasi sekurang-kurangnya sekali sehari. Kami melihat peserta yang mempunyai pengurangan kesakitan yang baik (kira-kira separuh) sekitar tujuh hari selepas rawatan bermula. Selepas itu, kebanyakan peserta dijangka akan beransur pulih walaupun tanpa rawatan.

Kita telah melihat rumusan ubat individu tertentu. Formulasi gel diclofenac dan ketoprofen adalah antara yang paling berkesan, begitu juga dengan gel ibuprofen dan plaster diclofenac. 7 atau 8 orang daripada 10 orang dengan sakit otot, terseliuh, atau ketegangan otot mengalami kesakitan yang kurang selepas tujuh hari menggunakan gel diclofenac dan ketoprofen, berbanding dengan hanya 2 atau 3 orang daripada 10 orang dengan plasebo (data berkualiti tinggi). Topikal NSAID yang lain dan ubat adalah lebih baik daripada plasebo walaupun tidak banyak. Disebabkan oleh topikal NSAID dan topikal plasebo disapu pada kulit dalam kajian ini, dapat disimpulkan bahawa keberkesanan ubat ini bukan daripada kesan sapuan tetapi daripada ubat itu sendiri.

Lebih kurang 1 daripada 20 orang mengalami kesan sampingan yang ringan dan bersifat sementara seperti bintik merah di tempat yang disapu dengan ubat. Kesan sampingan tersebut adalah sama untuk topikal NSAID dan topikal plasebo (data yang berkualiti tinggi). Kesan-kesan sampingan seperti sakit perut atau rasa loya jarang berlaku, tiada perbezaan antara topikal NSAID dan topikal plasebo (data yang berkualiti tinggi). Tiada kesan sampingan yang serius ditemui.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan