Agen-agen antimikrobial untuk merawat jangkitan saluran kencing yang tidak berkomplikasi di kalangan wanita

Jangkitan saluran kencing rendah (UTI) akut dan tidak berkomplikasi, juga dikenali sebagai cystitis, bercirikan rasa pembakaran semasa kencing dan kekerapan untuk berkencing tanpa sakit demam atau rusuk. Ia adalah satu perkara biasa dalam kalangan wanita dewasa yang sihat dan tidak berhamil. Pelbagai macam antimikrobials digunakan dalam merawat cystitis. Dua puluh satu kajian yang berkualiti baik, dengan 6016 peserta, menggunakan kelas antimikrobial yang berbeza untuk merawat cystitis akut dalam kalangan wanita untuk 3 hingga 10 hari, telah dimasukkan ke dalam ulasan ini. Kelas-kelas antimicrobial yang dimasukkan ke dalam ulasan ini dibukti berkesan untuk mengubati gejala. Fluoroquinolones terbukti lebih berkesan daripada beta-lactams dalam mengubati bacteriological jangka pendek, tetapi kepentingan penemuan ini adalah diragui. Pesakit-pesakit mendapat sedikit ruam yang dirawat dengan fluoroquinolones. Nitrofurantoin menyebabkan kurang ruam daripada TMP-SMX sambil mendapat kadar yang sama untuk peristiwa yang buruk. Memandangkan terdapat sebilangan kecil kajian yang dimasukkan untuk setiap perbandingan dan untuk setiap hasil ia adalah disyorkan bahawa lebih banyak ujian terkawal rawak perlu dijalankan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save