Supplemen antioksidan untuk mencegah kematian dalam peserta yang sihat dan pesakit dengan pelbagai jenis penyakit

Penyelidikan sebelum ini pada haiwan dan model fisiologi menunjukkan bahawa suplemen antioksidan mempunyai kesan yang baik dalam memanjangkan jangka hayat. Beberapa kajian pemerhatian juga mencadangkan bahawa suplemen antioksidan boleh memanjangkan jangka hayat, manakala kajian pemerhatian yang lain menunjukkan kesan neutral atau berbahaya. Ulasan Cochrane kami dari tahun 2008 menunjukkan bahawa suplemen antioksidan seolah-olah boleh meningkatkan kematian. Ulasan ini telah dikemaskini.

Ulasan sistematik ini telah melibatkan 78 kajian klinikal rawak. Sejumlah 296,707 peserta telah diberi secara rawak suplemen antioksidan (beta-karotena, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan selenium) berbanding dengan plasebo atau tanpa sebarang intervensi . Dua puluh enam ujikaji melibatkan 215,900 peserta sihat. Lima puluh dua ujikaji melibatkan 80.807 peserta dengan pelbagai penyakit dalam fasa yang stabil (termasuk gastrousus, kardiovaskular, saraf, okular, dermatologi, rheumatoid, buah pinggang, endocrinological, atau penyakit yang tidak dinyatakan). Sebanyak 21,484 daripada 183,749 peserta (11,7%) yang mengambil antioksidan dan sebanyak 11,479 daripada 112,958 peserta (10.2%) yang mengambil plasebo atau tanpa sebarang intervensi meninggal dunia. Kajian-kajian didapati mempunyai persamaan statistik yang mencukupi di mana mereka boleh digabungkan. Apabila semua kajian telah digabungkan, antioksidan berkemungkinan atau meningkatkan kematian bergantung kepada kaedah gabungan statistik yang digunakan; analisis yang biasanya digunakan apabila persamaan wujud menunjukkan bahawa penggunaan antioksidan dapat meningkatkan sedikit kadar kematian (iaitu, pesakit makan antioksidan adalah 1.03 kali lebih berkemungkinan mati seperti mana dengan kawalan). Apabila analisis telah dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dikaitkan dengan penemuan ini, kedua-dua faktor yang dikenal pasti adalah kaedah yang lebih baik untuk mengelakkan berat sebelah daripada menjadi satu faktor dalam ujikaji (ujikaji dengan 'risiko rendah berat sebelah') dan penggunaan vitamin A. Malah, apabila ujikaji dengan risiko yang rendah berat sebelah telah dipertimbangkan secara berasingan, kematian meningkat adalah lebih ketara (1.04 kali lebih berkemungkinan mati seperti mana dengan kawalan). Kerosakan yang berpotensi daripada vitamin A hilang apabila hanya risiko rendah membicarakan berat sebelah dipertimbangkan. Risiko peningkatan kematian dikaitkan dengan beta-karotena dan mungkin juga vitamin E dan vitamin A, tetapi tidak ada kaitan dengan penggunaan vitamin C atau selenium. Bukti terkini tidak menyokong penggunaan suplemen antioksidan dalam populasi secara umum atau dalam pesakit dengan pelbagai penyakit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan