Intervensi bagi mengelakkan jatuh di kalangan warga tua yang tinggal di dalam komuniti.

Semakin tua seseorang itu, kebarangkalian untuk jatuh adalah lebih tinggi dan berbagai faktor telah dikenalpasti seperti masalah keseimbangan badan, pandangan kurang jelas dan demensia.Sehingga 30 peratus kejadian jatuh setahun direkodkan. Walaupun cuma satu dari lima individu yang jatuh memerlukan tindakan perubatan, kurang dari satu dalam 10 mengalami patah tulang.

Ulasan ini mengkaji kesusasteraan penjagaan kesihatan bagi menemukan intervensi pencegahan jatuh yang efektif di kalangan golongan warga tua di dalam komuniti. Sebanyak 159 kajian rawak terkawal (RCT) dengan 79,193 peserta telah termasuk dalam ulasan ini.

Program senaman kelompok dan senaman di rumah seperti Tai Chi yang meliputi imbangan badan dan latihan kekuatan didapati berjaya menurunkan kadar jatuh. Secara keseluruhan, program senaman yang bertujuan untuk menurunkan kadar jatuh telah berjaya menurunkan kadar kejadian patah tulang.

Intervensi multifaktorial mengkaji risiko jatuh seseorang individu dan seterusnya memberikan rawatan atau rujukan bagi mengurangkan risiko yang telah ditemui.Secara keseluruhan, bukti kajian terkini menunjukkan intervensi tersebut berjaya menurunkan kadar jatuh di kalangan warga tua yang tinggal di dalam komuniti, tetapi dadar jatuh semasa lawatan susulan tidak berubah. Intervensi ini adalah kompleks dan keberkesanannya bergantung kepada faktor-faktor yang bakal ditentukan.

Intervensi memperbaiki keselamatan rumah terbukti berkesan terutama di kalangan individu berisiko tinggi untuk jatuh dan juga apabila intervensi dilakukan oleh pakar terapi pekerjaan. Kasut anti-licin yang digunakan di kawasan berais juga didapati berjaya menurunkan kadar kejatuhan.

Pengambilan vitamin D sebagai suplemen tidak memberi kesan ke atas kadar kejatuhan kebanyakan warga tua yang tinggal di komuniti, tetapi mungkin berjaya menurunkan kadar kejatuhan di kalangan yang mempunyai paras vitamin D yang rendah dalam darah.

Sesetengah ubat-ubatan didapati meningkatkan kadar kejatuhan. Tiga kajian di dalam ulasan ini didapati gagal menurunkan kadar kejatuhan dengan hanya meneliti dan mengubahsuai pengambilan ubat-ubatan sedia ada. Kajian keempat yang melibatkan pakar perubatan keluarga dan pesakit mereka dalam tinjauan semula ubat-ubatan didapati berkesan dalam menurunkan kadar kejatuhan. Pengurangan berkala ubat-ubatan untuk memperbaiki kualiti tidur, mengurangkan kecemasan, dan mengubati depresi (ubat psikotropik) didapati berjaya menurunkan kadar kejatuhan.

Pembedahan katarak untuk mata pertama yang terlibat didapati berjaya mengurangkan kadar jatuh di kalangan wanita. Jatuh yang diakibatkan oleh hipersensitiviti sinus karotid, suatu keadaan di mana perubahan tiba-tiba pada kadar denyut jantung dan tekanan darah boleh diturunkan dengan melakukan pembedahan memasukkan pengatur denyut jantung.

Tambahan pemeriksaan kesesuaian alas kaki atau kasut, alas kasut tempahan khas, senaman tapak kaki dan buku lali sehingga podiatri tetap di kalangan individu dengan kaki sakit; berjaya menurunkan kadar kejatuhan tetapi bukan jumlah orang yang jatuh.

Segala bukti berkaitan penyediaan bahan-bahan pendidikan sahaja bagi mengelakkan jatuh tidak dapat kesimpulan yang kukuh.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Syis Bin Zulkipli (Universiti Malaya, Malaysia).Disunting oleh Moy Foong Ming (Universiti Malaya,Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi msyizz@yahoo.com.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan