Bolehkah vaksin nikotin membantu orang berhenti merokok atau membantu orang yang baru berhenti daripada berulang?

Nikotin merupakan komponen utama ketagihan dalam tembakau. Apabila seseorang menghisap rokok, nikotin menyebabkan bahan kimia di dalam otak akan dirembeskan, memberikan rasa ganjaran pada perokok. Ganjaran ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa orang terus merokok. Vaksin nikotin telah dirancang untuk bekerja dengan mengurangkan kesan nikotin pada otak, bererti perokok akan berasa kurang pahalanya apabila mereka menghisap rokok. Dengan mengurangkan rasa keseronokan apabila merokok, vaksin boleh membantu perokok untuk berhenti merokok atat membantu bantuan bagi mereka yang berhenti baru-baru ini dari mula menghisap lagi.

Tidak terdapat vaksin nikotin yang pada masa ini dilesenkan untuk kegunaan awam, tetapi terdapat beberapa yang sedang dibuat. Kami mendapati empat ujian (2642 peserta) membandingkan vaksin nikotin dengan plasebo. Ini tidak menunjukkan bahawa vaksin membantu orang ramai untuk berhenti merokok dalam tempoh yang lama. Kesemua empat ujikaji telah dijalankan oleh syarikat farmaseutikal sebagai sebahagian daripada proses pembangunan ubat dan vaksin yang terlibat diberikan melalui suntikan. Tiada ujikaji yang mengkaji sama ada vaksin nikotin membantu menjaga orang yang telah berhenti rokok darpadai mula merokok lagi. Hanya dua daripada empat ujikaji mempunyai keputusan yang penuh. Dua ujikaji menunjukkan bvahawa vaksin nikotin adalah selamat secara amnya, dengan kebanyakan kesan sampingannya adalah ringan atau sederhana. Dalam satu ujikaji, gejala seperti selsema ditemui dengan kesan sampingan vaksin nikotin. Jika vaksin Nikotin nudah didapati oleh orang awam, mereka mungkin akan mengubah daripada yang telah diuji dalam kajian ini, bermakna keputusan yang dilaporkan dalam kajian ini, termasuk kesan sampingan, tidak boleh digunakan untuk semua vaksin nikotin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save