Benzodiazepines untuk sindrom kaki gelisah

Latar Belakang

Sindrom kaki gelisah adalah penyakit yang umum dan menyusahkan, ia mempengaruhi 5% hingga 15% populasi. Ramai pakar perubatan masih tidak menyedari kewujudan penyakit ini dan tidak mengenali simptom sindrom kaki gelisah. Penyakit ini boleh menjejaskan tidur dan kualiti hidup. Oleh demikian, rawatan yang selamat dan berkesan amat perlu untuk pesakit yang mengalami penyakit ini. Rawatan semasa termasuk agonis dopamin, anti-kejang dan opioid.

Soalan

Adakah benzodiazepin berkesan dan selamat untuk penyakit sindrom kaki gelisah?

Kaedah

Kami mencari pangkalan data kajian dalam bahasa apa pun, yang diterbitkan atau tidak, yang menganggap benzodiazepin untuk rawatan sindrom kaki gelisah.

Keputusan

Tiada kajian telah dimasukkan dalam ulasan.

Perbincangan

Benzodiazepin telah lama digunakan dalam kalangan pesakit sindrom kaki gelisah, kerana ubat-ubatan ini membantu inisiasi and pengawalan tidur. Kami menulis ulasan ini kerana tiada ulasan yang menerangkan keberkesanan benzodiazepin dalam rawatan sindrom kaki gelisah.

Kesimpulan

Ulasan ini menunjukkan bahawa tidak ada data yang baik untuk menyokong atau membantah penggunaan benzodiazepin untuk merawat simptom sindrom kaki gelisah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Phang Yee Lin (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Phang.YeeLin@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save