Sokongan panggilan telefon rakan sebaya untuk memperbaiki kesihatan dan tingkah laku kesihatan

Sokongan telefon rakan sebaya didapati secara meluas melalui talian bantuan tetapi impaknya terhadap hasil kesihatan dan tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan tidak diketahui. Kami meneliti kesan sokongan panggilan telefon rakan sebaya terhadap kesihatan fizikal dan psikologi serta tingkah laku kesihatan. Tujuh kajian rawak terkawal yang dijalankan di AS, UK, Kanada dan Australia berkait dengan pelbagai keadaan dan populasi sasaran. Ia menyediakan beberapa bukti keberkesanan. Sokongan panggilan telefon rakan sebaya boleh meningkatkan pemeriksaan mammografi dalam kalangan wanita lebih daripada 40 tahun, boleh membantu pesakit menukar diet mereka dan berhenti merokok selepas serangan jantung; dan boleh membantu mengurangkan gejala kemurungan dalam kalangan ibu yang mengalami kemurungan postnatal. Penemuan-penemuan perlu ditafsir dengan berhati-hati. Terdapat keperluan unutuk kajian rawak terkawal yang bereka bentuk baik bagi memperjelas elemen-elemen intervensi telefon rakan sebaya yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan dan tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information