Antibiotik untuk merawat jangkitan saluran kencing bawah dalam kalangan kanak-kanak

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah salah satu jangkitan bakteria yang sangat lazim dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Jangkitan saluran kencing yang paling lazim dikenali sebagai sistitis dan dalam kebanyakan kes boleh dirawat dengan mudah dengan antibiotik tanpa komplikasi lanjut. Ulasan ini mengenal pasti 16 kajian yang menyiasat antibiotik untuk UTI dalam kalangan kanak-kanak. Keputusan menunjukkan rawatan antibiotik 10-hari adalah lebih cenderung untuk menghapuskan bakteria dalam air kencing daripada rawatan satu dos; tiada cukup data untuk membuat kesimpulan mengenai tempoh rawatan lain, atau keberkesanan antibiotik tertentu. Walaupun rawatan antibiotik berkesan untuk kanak-kanak dengan UTI, tiada cukup data untuk mengesyorkan sebarang rejimen khusus.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information