Aminophylline untuk serangan jantung

Aminophylline adalah ubat yang mungkin boleh membantu memulihkan semula pesakit semasa serangan jantung apabila aktiviti elektrik adalah sangat perlahan atau tidak hadir. Aminophylline mungkin boleh mengembalikan aliran darah ke jantung, meningkatkan aktiviti elektrik, dan membolehkan ubat-ubatan lain yang digunakan dengan lebih berkesan semasa resusitasi. Kami menemui lima kajian yang merangkumi 1254 pesakit yang mempunyai jenis serang jantung ini dalam persekitaran pra hospital. Empat daripada lima kajian(1186 pesakit) adalah direka dengan baik dengan risiko yang rendah untuk berat sebelah. Walaupun tiada kejadian buruk dilaporkan, aminophylline tidak menunjukkan kelebihan apabila ditambah dengan amalan bantuan resusitasi berpiawaian paramedik berbanding dengan placebo dalam para pesakit. Adalah tidak diketahui sama ada pemberian awal aminophylline akan membantu dalam resusitasi tersebut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information