Opioid untuk rawatan jangka panjang sakit bukan cancer

Hasil kajian sistematik ini mencadangkan bahawa pengurusan yang betul bagi satu jenis ubat penahan sakit yang kuat (opioid) pada pesakit yang terpilih yang tidak mempunyai sejarah ketagihan atau penyalahgunaan boleh membawa kepada kelegaan kesakitan jangka panjang bagi sesetengah pesakit di mana risikonya adalah sangat rendah (walaupun tidak sifar) dalam perkembangan ketagihan, penyalahgunaan, atau kesan sampingan lain yang serius. Namun demikian, bukti yang menyokong kesimpulan ini adalah lemah, dan kajian jangka panjang diperlukan untuk mengenal pasti pesakit yang bermungkinan besar mendapat manfaat daripada rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Berkongsi/Menyimpan