Alat tangan dan ultrasonik untuk rawatan kanal akar gigi kekal ortogred

Rawatan kanal akar adalah prosedur pergigian yang kerap dibuat pada gigi yang sarafnya telah mati.
Pembuangan tisu lebihan dan pembersihan dan pembentukan kanal akar merupakan langkah penting untuk menetukan kejayaan. Ini termasuklah penggunaan alat tangan dan rotari dan peralatan ultrasonik berkuasa.

Penulis ulasan mendapati pada masa kini tiada cukup bukti tahap tinggi bagi keberkesanan pengalatan ultrasonik sama ada digunakan sepenuhnya atau digunakan bersama alat tangan bagi rawatan kanal akar ortogred dan mencadangkan agar kajian masa depan memfokuskan kepada penilaian keberkesanan penggunaan pengalatan ultrasonik bersama alat tangan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save