Intervensi untuk mengurangkan kecederaan di kalangan pekerja pembinaan

Kadar kecederaan kerja di kalangan pekerja pembinaan adalah yang tertinggi di antara industri-industri utama. Walaupun beberapa strategi untuk mengawal kecederaan telah dicadangkan oleh pelbagai organisasi, keberkesanannya dalam mengurangkan kadar kecederaan dalam industri pembinaan masih tidak menentu.

Apakah tujuan ulasan ini?

Untuk mengetahui intervensi yang paling berkesan untuk mengurangkan kecederaan di tempat kerja dikalangan pekerja pembinaan.

Mesej-mesej utama

Kami menjalankan pencarian sistematik tentang kesusasteraan untuk mencegah kecederaan pekerjaan di kalangan pekerja pembinaan. Kami memasukkan 17 kajian dalam ulasan kemaskini ini, menarafkan kualiti bukti yang sangat rendah. Berkepelbagaian intervensi dan insentif syarikat untuk menaikkan taraf peralatan mungkin berkesan dalam mengurangkan kecederaan. Walau bagaimanapun, asas bukti masih diperlukan untuk majoriti langkah-langkah keselamatan yang di syorkan secara rutin oleh manual keselamatan, perunding dan kursus keselamatan.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Kami melihat pelbagai jenis intervensi di tempat kerja, termasuk pengenalan peraturan baru, kempen keselamatan, latihan, pemeriksaan, perkhidmatan kesihatan pekerjaan, dan subsidi syarikat. Kami menilai kualiti kajian dan keberkesanan intervensi, penarafan bukti sebagai kualiti yang sangat rendah.

Apakah keputusan utama ulasan?

Memperkenalkan peraturan semata-mata mungkin atau tidak mungkin berkesan untuk mencegah kecederaan bukan maut dan maut di kalangan pekerja pembinaan. Intervensi berorientasikan daerah seperti kempen keselamatan, latihan, pemeriksaan atau perkhidmatan kesihatan pekerjaan mungkin tidak berkesan untuk mengurangkan kecederaan bukan maut di kalangan pekerja pembinaan. Walau bagaimanapun, kempen keselamatan yang berkepelbagaian dan program tempat kerja bebas tanpa dadah yang berkepelbagaian di peringkat syarikat, bersama-sama dengan subsidi untuk penggantian perancah, mungkin berkesan dalam mengurangkan kecederaan.

Strategi tambahan diperlukan untuk meningkatkan pematuhan majikan dan pekerja terhadap langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh peraturan.

Setakat manakah ulasan ini dikemaskini?

Kami mencari kajian-kajian yang telah diterbitkan sehingga 1 April 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syafiqa Saleh. Dikemaskini oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi nila@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information